Koleksi Pengalaman Aura dan Energy Healing

Home Top Ad

Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Motivasi Perubahan dalam hidup memang tidak menjamin keberhasilan, namun tidak akan ada keberhasilan juga jika tanpa perubahan, Impian tidak...

Motivasi

Perubahan dalam hidup memang tidak menjamin keberhasilan, namun tidak akan ada keberhasilan juga jika tanpa perubahan, Impian tidak akan menggerakkan seseorang untuk maju tetapi alasan yang kuat dibalik impian itulah yang menggerakannya, mungkin untuk membantu keluarga atau sebagainya tetapi sebenarnya itulah semangat anda yang mendorong anda untuk lebih berusaha.

Orang yang kuat hatinya, Bukannya mereka yang tidak pernah menangis, Melainkan Orang yang tetap tegar ketika masalah datang atau ketika banyak orang menyakitinya, kerana kekuatan tidak datang dari fizikal melainkan datang dari jiwa dan semangat untuk terus hidup dan berjuang.

Ketika masalah datang, Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Tetapi, Allah hanya minta sabar dan solat, Sabar adalah cara yg harus digunakan untuk menyelesaikan masalah apapun. Seberat apapun, akan cepat diselesaikan dengan kesabaran dan kesabaran itu adalah dengan ilmu dan strategi bukan sabar tanpa tindakan.

Seberat apapun beban masalah yang kamu hadapi saat ini, percayalah bahwa semua itu tidak akan pernah melebihi batas kemampuanmu, jika kamu tetap merasakan demikian, maka itu hanyalah persepsi diri kamu sahaja tentang perasaan kamu sendiri kerana kamu mempunyai pilihan untuk menukar perasaan tersebut kepada positif. Teruskan hidupmu dengan sebuah semangat berjuang untuk hidupmu sendiri dengan sabar, syukur dan yakin kerana kamu dicipta dengan penuh kesempurnaan dan paling tinggi darjatnya jika benar kamu orang orang yang beriman(percaya padaNya).

TUAH HIDUP MANUSIA Ada orang kerana badannya besar, dia dikenali. ada orang kerana dia anak/ahli keluarga seseorang, dia disanjungi. ada ora...

TUAH HIDUP MANUSIA


Ada orang kerana badannya besar, dia dikenali.


ada orang kerana dia anak/ahli keluarga seseorang, dia disanjungi.


ada orang hidup merana sebelum usia 30, tetapi selepas usianya 30, rezeki yang datang mencurah-curah dan tak henti-henti.


ada orang menceburi hampir 100 jenis bisnes, tetapi masih gagal dan rugi. Tetapi apabila usahanya yang ke 101, bisnesnya menjadi dan rezeki yang datang berlipat kali ganda dari apa yang dihajati.


ada orang tak pernah buat bisnes sana sini, tetapi sekali buat, bisnesnya terus menjadi-jadi.


ada orang bekerja siang malam tak henti-henti nak kumpul duit untuk anak bini. Tetapi rezeki yang dipinta datang bertimpa-timpa apabila anak bini dijemput ilahi.


ada orang mendapat kesempitan hidup apabila berada di negara sendiri, tetapi apabila berhijrah ke negara orang, disitulah ada tuah, disitulah ada rezeki.


ada orang sebelum berkahwin, segala yang diusahakannya dipandang sepi. Tetapi apabila kahwin je.. tuah dan rezeki semakin berseri-seri, segala usahanya dipandang sana sini.


ada pulak orang sebelum kahwin, happy go lucky. Tetapi apabila sah sahaja berkahwin, kehidupannya mulai sepi. Bahagia yang dicari, duka yang menanti.


Kerana itu ada orang, tuah dan rezekinya datang apabila ditinggalkan isteri, dicerai suami.


ada orang bertahun-tahun menghidap penyakit kronik, tetapi masih hidup hingga ke hari ini.


ada orang pula, sihat walafiat tetapi tak sangka telah dijemput ilahi.


Ada orang rezekinya sampai apabila sudah puas melalui onak dan duri.


ada orang rezekinya semudah A. B. C. tanpa perlu lalui cabaran sana sini.


ada orang buat apa sahaja menjadi, tetapi kerana silap satu sahaja Allah taala nak uji, habis lingkup usahanya selama ini.


ada orang pula, sudah puas berguru sana sini tetapi masih belum dapat apa yang dihajati. tetapi akhirnya kerana sang guru ini, dia perolehi apa yang dihajati.


kita semua tak sama. kitaran hidup kita juga berbeza. tuah & rezeki itu rahsia DIA. bersyukurlah apa yang ada.