Koleksi Pengalaman Aura dan Energy Healing

Home Top Ad

Percaya kepada Malaikat adalah no 2 dalam rukun iman Bila kita sebut makhluk ghaib, pasti ramai yg ingatkan jin, iblis, syaitan, hantu dan...

Malaikat

Percaya kepada Malaikat adalah no 2 dalam rukun iman

Bila kita sebut makhluk ghaib, pasti ramai yg ingatkan jin, iblis, syaitan, hantu dan sebagainya... Bukan apa, sbb minda kita telah terbiasa dgn makhluk2 tu bila sebut ttg perihal alam ghaib.


Tetapi jarang sekali yg teringat akan roh sendiri dan malaikat2 bila sentuh ttg topik makhluk ghaib. Walhal sebahagian besar daripada diri kita sendiri adalah ghaib. Buktinya? Yg kita lihat tubuh kita ini hanyalah sebahagian kecil sahaja. Kita percaya setiap manusia ada roh betul kan? Kita percaya sebelum kita hadir dalam perut ibu kita, kita berada di alam roh. Dan apabila kita mati kelak, roh kita akan "keluar" dari jasad kita ini, betul? Dan walaupun jasad hancur menjadi tanah, kita tetap akan meneruskan hidup di alam akhirat, ya kan?

Bagaimana pula dgn malaikat? Saya rasa kita semuanya percaya pada malaikat. Dari kecil kita dan diajar ttg malaikat. Malah rukun iman yg kedua adalah "Percaya kepada Malaikat". Apa jadi agaknya pada iman kita kalau kita tak percaya kepada malaikat2?
Bagi yg dah belajar, kita tahu sekurang2nya ada tiga malaikat yg sering berada dgn kita.  Yg dua tu mmg disamping kita sepanjang masa. Di kiri dan di kanan. Siapa? Raqib dan Atib. Satu lagi? Izrail. Dikatakan Izrail melawat kita 70 kali setiap hari... 70 kali sehari tu maknanya setiap 21 minit!

Yg lain2? Ada tak? Ada.. dengan tugas2 mereka masing2.
Ingatkah kita pada mereka? Pernah ke kita tegur sapa mereka? Bagi salam pada mereka tiap2 pagi setelah kita jaga dari tidur? Ucap terima kasih kerana mengiringi kita? Selalunya lupa... ye tak.. Malah tak ada orang bagitau pun ya...
Tapi bila sebut pasal jin, syaitan, hantu, jembalang.. terus kita percaya.. ada yg boleh "nampak". Malah boleh bercakap2 pulak dgn mereka. Belajar dgn mereka, berkawan dgn mereka. Malah berlawan pun ada. Dahsyat lagi ada yg ambil jin sebagai pendamping, pembantu, khadam dan sebagainya...
Baik. Saya nak tanya. Kat mana dalam Rukun Iman tu yg kita kena percaya pada jin, hantu, jembalang tu? Ada ke, kalau ada bagitahulah ya. Saya pun baru belajar...

Bukan saya tak percaya kewujudan jin atau syaitan. Mmg banyak diceritakan dalam kitab. Tapi dlm bab iman, malaikat lebih utama. Tapi sayang mereka sering kita lupakan...
Bukankah malaikat2 itu sentiasa berada disamping kita? "Mengiringi" doa2 kita "naik ke atas". "Mengelilingi" kita ketika kita sedang beribadah. "Turun" membawa rahmat dan rezeki yg kurniakan oleh Allah. Yg bergilir2 menjaga manusia dari gangguan jin dan sebagainya...
Begitu ramainya malaikat yg dijadikan Allah. Dikatakan nisbah manusia dgn jin adalah 1:10. Dan nisbah jin dgn malaikat adalah 1:10. Maknanya 1 manusia ada 100 malaikat nisbahnya. Ramai tu...  Malah mungkin lebih lagi... Wallahu a'lam...
Dan banyak manfaatnya...
Tapi jin, syaitan dan hantu jugak yg kita nampak... Mana perginya malaikat2 penjaga tu..?
Macamana agak bila kita menghadapi mati nanti, kenal ke kita pada malaikat2 tersebut? Yg mengiringi kita semenjak dalam perut ibu lagi, berada disamping kita sepanjang hidup sehingga mengiringi kita "balik" ke akhirat semula? Tegur sapa pun tidak. Bagi salam pun tidak.. Kalau jin dan hantu, dari jauh dah kenal jantan atau betina...
Bagi yg dah "terbuka" Sixth Sensenya, pasti dapat merasakan perbezaan frequensi vibrasi malaikat dgn makhluk2 lain tersebut. Jauh bezanya...
Bila kita kata "terbuka" sixth sense tu, bukan bermaksud ada org yg ada sixth sense, ada org yg tak ada. Semua org ada sejak lahir lagi. Cuma hijab yg semakin menebal menjadi penghalangnya. Lalu kita semakin mengabaikan kebolehan tersebut. Umpama bilik yg gelap bukan sbb tak ada tingkap. Tetapi tingkap yg ada itu terlalu kotor utk cahaya masuk.
Dalam kelas Quantum Awareness: Sixth Sense Activation, selain dari penjelasan ttg kesedaran kuantum dan "mengenal diri", kita berikan beberapa latihan secara praktikal untuk membangkitkan kembali pancaindera2 kita, untuk membuka hijab dan seterusnya utk "mengaktifkan kembali" sixth sense kita...
Alhamdulillah, kesemua peserta pada hari tu dapat merasakannya...

0 comentários: