Koleksi Pengalaman Aura dan Energy Healing

Home Top Ad

Hari ni nak share sikit ttg meditasi. Meditasi jika dilakukan dgn cara yg betul, dapat memberikan banyak manfaat dan faedah utk kita. Dari s...

Meditasi 1

Hari ni nak share sikit ttg meditasi. Meditasi jika dilakukan dgn cara yg betul, dapat memberikan banyak manfaat dan faedah utk kita. Dari segi kesihatan, ketenangan, kebahagiaan. Zahir dan batin. Rohani dan jasmani.
Agak2 ada tak sahabat2 disini yg nak tahu lebih lanjut ttg meditasi? Ada kot. Jawab dalam senyap..
Mungkin meditasi yg saya kongsikan disini ada bezanya dari guru2 yg lain, tetapi jangan bimbang kerana perbezaan tersebut hanyalah dari segi luaran sahaja, tetapi dalamannya adalah sama. Mungkin cara penyampaiannya sahaja berbeza mengikut pengalaman masing2.
Meditasi adalah diadaptasikan dari perkataan Inggeris, "meditation", yg berasal dari perkataan Latin, "meditatio", atau "meditari", yg bermaksud berfikir yg dalam, merenung atau tafakur.
"Tafakur" tu asalnya dari bahasa arab, begitu juga "tadabbur". "Al-tahannuth" adalah satu amalan meditasi yg bersenyap sunyi, diamalkan secara berkhalwat (menyendiri) di dalam gua yg dilakukan oleh org2 arab dahulu kala.
Dalam Islam, banyak sebenarnya diceritakan ttg perihal meditasi ini. Cuma penggunaan bahasa je lain. Boleh kajiselidik sendiri ya.
“Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Ali Imran [3] : 191)
Bagi org2 Hindu, Buddha dan Jain, ianya dikenali sebagai "dhyana". Orang2 asli malah seperti red indian sekalipun mereka mempunyai amalan2 meditasi ini dalam bahasa dan cara mereka sendiri. Kalau org2 melayu dahulu kala pula, sering disebut bertapa.
Maknanya meditasi ini bukanlah benda baru. Ianya telah diamalkan oleh org2 dulu semenjak beribu2 tahun dahulu. Cuma apabila ianya dibawa kedalam satu kepercayaan, maka ianya diserapkan ke dalam kepercayaan tersebut, lalu dilabelkan sebagai hakmilik esklusif sesuatu kepercayaan tersebut.
Jadi tak hairanlah, ramai yg beranggapan meditasi itu amalan agama hindu dan buddha kerana itu yg jelas terpampang dalam media massa yg menonjolkan org2 hindu dan buddha melakukan meditasi.
Walhal dalam Islam, banyak diceritakan ttg amalan rasul2 dan nabi2 dahulu yg bertafakur di sesuatu tempat yg sunyi lalu menerima wahyu. Begitu juga dgn kisah para wali2. Sayangnya, kisah2 ini tidak diketengahkan kepada umum sehingga dirasakan seolah2 meditasi itu sesuatu yg agak asing bagi kita.
Tapi apapun, bukan niat saya nak berbincang dari segi keagamaan disini. Yg saya nak kongsikan adalah ttg meditasi itu sendiri dari segi tubuh, minda dan jiwa. Yg boleh mendatangkan manfaat kepada kita...
Sekiranya terma meditasi ini agak janggal bagi anda, anda boleh gunakan terma "relaksasi", atau "bertenang". Relaksasi tubuh, minda dan jiwa. Kerana dalam melakukan meditasi, tubuh, minda dan jiwa akan menjadi sangat relaks.
Dalam keadaan relaks yg dalam inilah minda bawah sedar kita akan terbuka. Ketika ini gelombang otak menurun kepada alpha malah kepada theta. Ketika ditahap inilah kita mudah melakukan pemprograman semula minda kita.
Malah jika pemprograman minda tidak dilakukan, ianya tetap memberikan manfaat kepada kita. Kerana ketika ini tubuh, minda, hati dan roh kita berada dalam keadaan seiring (in alignment). Tanpa gangguan dari minda sedar dan emosi negatif, sel2 didalam badan dapat bekerja memulihkan mereka sendiri tanpa gangguan minda. Hormon2 yg menyebabkan stress menghilang. Fikiran menjadi semakin tenang. Dada menjadi semakin lapang. Kita menjadi semakin aman dan tenteram...
Mula2 saya diperkenalkan dengan latihan meditasi ini secara praktikal adalah pada tahun 1994. Dan semenjak itu saya belajar dari guru2 tempatan dan luar negara. Antaranya saya pernah belajar teknik2 meditasi Osho, seorang guru yg sangat popular di India dan negara2 barat. Meditasi Mindfulness yg popular di barat oleh John Kabat Zinn. Meditasi dari Tibet (No Mind). Meditasi Sufi (Sufi Whirling). Juga dari guru2 tua tradisional yg pernah bertemu lutut dgn Tok Pawang Nong, Moyang Gajah, Tok Kenali dsbnya. Mereka ya yg bertemu lutut, bukan saya. Saya cuma bertemu lutut dgn org2 yg pernah bertemu lutut dgn tokoh2 itu...
Dari apa saya pelajari dan apa yg saya alami ketika melakukan teknik2 tersebut, yg berbeza adalah dari segi caranya. Tapi penghujungnya adalah sama. Umpama org yg nak ke Mekah, kalau datang dari timur lain laluan dan pengalamannya. Begitulah juga yg datang dari barat, atau utara, atau selatan. Malah kalau naik kapalterbang tentulah berbeza jika menaiki kapal laut atau ikut jalan darat. Tetapi matlamatnya tetap sama walau cepat atau lambat dgn laluan dan pengalaman masing2...
Apapun, terpulang pada kita sebenarnya. Guru2 hanya boleh membimbing tapi kita yg kena masuk sendiri. Kalau kita jujur, ikhlas dan bersungguh2, insyaAllah dapat...
Macam cerita tentang kopi lah. Kita boleh belajar mcm2 tentang kopi. Dari segi rupa bentuknya, baunya, rasanya. Se detail manapun boleh kita belajar. Malah banyak buku2 yg ditulis ttg kopi. Tapi selagi kita tak tengok dgn mata kepala sendiri, tak sentuh dgn tubuh sendiri, tak bau dgn hidung sendiri, tak rasa dgn lidah sendiri, selagi itulah kita tak dapat menikmati kopi tersebut. Maka apa yg kita belajar tersebut, sedalam manapun, tetap teori sahaja. Tak ada manfaatnya melainkan ilmu teori itu sahaja.
Tapi disini, utk mengelakkan daripada sebarang kontroversi, saya hanya akan membincangkan perihal meditasi dari segi tubuh, minda, hati dan roh. Roh kita sendiri. Masing2 ada roh sendiri kan.. Peliklah kalau roh sendiri pun tak kenal... :wink:
Tapi kalau lebih atau atas atau dalam daripada itu saya tak mahu bincangkan disini ya. Yg tu kena duduk berdepan2. Saya dulupun begitu. Yg rahsia kena berdepan. Ada seorang guru tradisional tu bila saya berdepan, hanya bagi satu penerangan dalam beberapa perkataan sahaja, tak sampai satu minit, tapi kesannya hampir sebulan saya dalam keadaan mabuk "trance"...
Meditasi ni begitu power ya. Bukan meditasi tu yg power, tapi power bagi kita yg dapat seiringkan tubuh, minda, hati dan roh kita dgn izin Allah swt. Barulah dikatakan manusia itu digelar sebagai khalifah yg sebenar2nya.
Malah telah tersebut dalam kitab2 lama, bagi org yg telah seiring hati dan fikirannya (yg diperoleh melalui meditasi) mampu mengalihkan gunung ganang. Ingat ttg meditasi pusat energi hati yg kita bincang dulu? Bagi yg baru masuk group, boleh search guna key words ya atau scroll ke atas. Boleh dikatakan semua info dlm group ni sejak diwujudkan masih ada.
Aisey, dah banyak tulis dah, itu baru mukadimah yg sangat ringkas sahaja. Takpe lah ek, nak belajar pelan2. Biar kita faham betul2 dulu. Takmau org kata "meditasi mee maggi" je nanti. Org sekarang semua nak segera je kan. Berhujah cukup hebat, tapi isi tak ada...
Nanti senang2 kita sambung lagi...

0 comentários: