Koleksi Pengalaman Aura dan Energy Healing

Home Top Ad

Hari ni nak bercerita sikit tentang kisah seorang raja pada zaman dahulu kala. Baginda amat gemar berburu. Dan pada suatu hari baginda meli...

Raja

Hari ni nak bercerita sikit tentang kisah seorang raja pada zaman dahulu kala. Baginda amat gemar berburu. Dan pada suatu hari baginda melihat seekor harimau bintang lalu memanahnya. Panah baginda tepat pada sasaran lalu menumbangkan harimau tersebut. Baginda menghampiri harimau itu utk memastikan ianya telah benar2 mati.

Apabila dihampiri harimau tersebut tiba2 bangun lalu menyerang dan menggigit tangan baginda. Seorang hamba yg sentiasa menemani baginda berburu itu dengan cepat menghunus pedangnya lalu membunuh harimau tersebut.

Walaupun baginda dapat diselamatkan namun baginda telah kehilangan satu jarinya akibat gigitan harimau tersebut. Baginda berasa amat sedih kerana kecacatannya itu lalu berkata pada hambanya, "Seandainya Tuhan itu baik, kenapa Dia membiarkan beta diserang dan jari beta diputuskan oleh harimau durjana ini?" Lalu, hamba tersebut menjawab, "Demi Tuhan, disebalik kecelakaan ini, patik percaya Tuhan itu sesungguhnya amat baik. Setiap apa yg terjadi ada kebaikannya dan Dia tidak pernah tersilap".

Mendengar jawapan hambanya itu baginda menjadi murka lalu berkata, "Sekiranya beta  penjarakan kamu kerana keceluparan kamu, adakah kamu masih percaya bahawa itu adalah baik untuk kamu?" Tanpa rasa takut dgn sopannya hamba tersebut menjawab, "Demi Tuhan, seandainya itulah yg ditakdirkan, patik rasa bahawa itu adalah yg terbaik buat patik, Tuanku".

Dengan rasa yg begitu marah, Raja itu menyuruh pengawal2nya segera menangkap hamba itu lalu dipenjarakan.

Beberapa purnama kemudian, dengan diiringi oleh pengawal2 dan ditemani oleh seorang hamba yg baru, baginda pergi berburu di sebuah kawasan yg jauh dan agak terpencil. Tiba2 baginda diserang oleh satu puak orang asli yg amat bengis. Pengawal2 terbunuh, manakala baginda dan hambanya ditawan lalu dibawa ke perkampungan mereka.

Di sebelah malam, sewaktu keraian, ketua orang asli tersebut mengatakan bahawa tawanan2 tersebut akan dikorbankan utk dewa2 mereka. Pada mulanya hamba raja tersebut dipilih sebagai korban lalu baginda menyaksikan hambanya itu dibunuh oleh org2 asli tersebut dengan amat kejam. Kemudian tiba pula giliran baginda. Dengan perasaan yg amat gementar baginda diseret ke pentas korban yg dikelilingi oleh org2 asli tersebut. Apabila ketua orang asli itu terlihat akan kecacatan di tangan baginda tersebut, beliau memberhentikan upacara lalu memerintahkan baginda dilepaskan kerana baginda tidak sempurna utk dikorbankan. Pengorbanan utk sang dewa mestilah tiada cacat cela!

Dengan penuh kesyukuran, raja tersebut dengan segera berlari keluar dari kampung tersebut lalu bergegas pulang ke istana. Setelah beberapa hari baginda sampai ke istana lalu baginda terus memerintahkan pengawal2 membawa hamba yg dipenjarakannya itu dibebaskan dan dibawa datang mengadapnya.

Apabila hamba tersebut menemui baginda, baginda lalu berkata, "Wahai sahabatku, benarlah seperti kata kamu dahulu, bahawa Tuhan itu amat baik sekali kepadaku. Aku hampir menjadi korban, tetapi disebabkan satu jariku yg kudung, aku telah dibebaskan. Maka benarlah setiap yg terjadi itu pasti ada kebaikannya, dan sesunggunya Tuhan itu adalah amat sempurna dalam perancangannya".

"Tetapi beta ada satu soalan," kata baginda lagi. "Memandangkan Tuhan itu amat baik sekali, kenapa Dia membenarkan kamu dipenjarakan olehku?" Maka si hamba yg bijaksana itu menjawab, " Tuanku, seandainya Tuhan tidak membenarkan tuanku memenjarakan patik, sudah tentulah patik akan bersama tuanku keluar berburu tempohari. Dan sudah pastilah patik menjadi korban orang asli tersebut, kerana patik tidak kehilangan jari..."

0 comentários: