Koleksi Pengalaman Aura dan Energy Healing

Home Top Ad

Pernah dengar Ilmu Tarik Duit atau Ibu Duit? Tentu anda pernah jika anda peminat ilmu metafizik atau seorang yang gemar untuk mencari info-i...

Tarik duit dengan duit?



Pernah dengar Ilmu Tarik Duit atau Ibu Duit? Tentu anda pernah jika anda peminat ilmu metafizik atau seorang yang gemar untuk mencari info-info bagaimana nak kaya dengan cepat dan segera. Tahukah anda ilmu ini sangat mudah?


Ilmu yang saya maksudkan bukan dengan jampi serapah atau lain-lain tetapi menggunakan kekuatan minda bawah sedar, niat, affirmasi dan teknik-teknik kawalan minda lainnya.


Bahan-Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :


1- Diri anda yang yakin dan penuh semangat.

2- Wang Kertas RM 100. (Nak duit syiling boleh, tapi konsepnya umpan besar, hasil besar..he..he..kalau nak letak RM 1 pun boleh..)

3- Minda yang positif dan tenang.


Teknik dan cara-caranya.


1- Berdoa kepada Allah dan berterima kasih atas duit yang banyak.

2- Pegang duit tu dan tenung dalam-dalam..niatkan dalam hati dan lontarkan kata-kata… “Duit ini menarik sebanyak sepuluh kali ganda jumlahnya setiap kali aku menarik nafas dan menghembus nafas.” Katakan dengan yakin, santai dan pasrah.

3- Bayangkan setiap kali anda menarik nafas dan membuang nafas, duit itu menarik sebanyak sepuluh kali ganda nilainya dan bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas duit yang dianugerahkan kepada anda itu.

4- Teknik syukur, pasrah, santai dan tenang harus digabungkan sebaik mungkin.

5- Jangan gunakan perkataan ‘akan menarik’ tetapi bayangkan dengan pasti saat itu, duit anda itu memang benar-benar menarik duit sepuluh kali ganda nilainya.

6- Anda pasti terkejut dengan hasilnya.

7- Cuba lakukan ini sebanyak 3 hingga 4 kali sehari selama sebulan(terdapat juga yang mungkin memakan masa dan ada juga yang lebih cepat). Rezeki akan datang dengan melimpah ruah melalui jalan yang tidak kita ketahui.


Anda perlu tahu bahawa konsep ini adalah konsep berteraskan kuasa minda yang dianugerahkan oleh Allah.


Teknik ini adalah yang termudah sekali, harap-harap dapat membantu anda. So, aplikasikan ilmu ini dengan sebaik-baiknya ye, jangan ambil mudah, biarpun nampak simple dan ringkas, tapi teknik ini adalah benar dan telah terbukti. Semoga berjaya dengan izin Allah...

0 comentários: