Koleksi Pengalaman Aura dan Energy Healing

Home Top Ad

Sebelum itu persilakan sahabat2 utk berkongsi ilmu dan pengalaman anda disini. Ilmu Allah itu amat luas, tiada siapapun boleh ceritakan semu...

Tujuan Meditasi

Sebelum itu persilakan sahabat2 utk berkongsi ilmu dan pengalaman anda disini. Ilmu Allah itu amat luas, tiada siapapun boleh ceritakan semuanya. Saya berkongsi hanya pengalaman sendiri yg sedikit sahaja, dan saya tahu ianya ibarat setitik air di lautan.

Tujuan meditasi ni secara umumnya adalah utk tenang. Kalau kita dah boleh tenang tanpa meditasi, mungkin tak perlu nak meditasi dah. Sbb dalam tenang tulah baru kita boleh dapat atau dengar ilham2 dan idea2 dari dalam. Fikiran yg sedang sibuk takkan dapat dengar apa yg nak disampaikan dari dalam. Dan utk capai ketenangan ni kena banyak berlatih.

Nak pandai berenang pun, sekali dua masuk dalam air belum tentu boleh pandai berenang lagi. Practice makes perfect kata orang putih. Apapun kemahiran perlukan latihan. Sbb itu orang dulu2 kalau belajar mesti disuruh praktis. Kalau tak hanya teori semata2. Jadi buatlah selalu. Tak perlu lama pun. Dapat 15 minit sehari pun cukup. 15 minit sehari tu hanya 1% saja dari masa kita satu hari. Masa meditasi tu terpulanglah, asalkan masa tu tiada gangguan dari luar.

Semasa meditasi tu, cuma rasakan nafas kita turun naik sahaja. Perhati saja. Atau dengar bunyi yg konstan spt bunyi kipas, atau aircond, atau bunyi hujan, atau muzik dsbnya. Atau tengok lilin yg terpasang dalam pandangan yg rendah. Apa pun caranya, boleh. Asalkan dapat alih tumpuan daripada berfikir. Jika fikiran2 datang, anggap saja seperti awan yg berarak. Biarkan awan tu berlalu. Dengan erti kata lain, jangan layan fikiran2 tersebut. Biarkan saja. Jangan layan. Ia tak boleh kekal lama, pasti hilang dan diganti fikiran baru. Kalau kita layan, fikiran tu pasti beranak pinak kepada fikiran2 yg berkait.

Jangan bimbang, setiap kali kita terbabas, ingatkan diri kita balik semula yg kita sedang bermeditasi. Walau berlaku banyak kali, patah balik semula tak apa. Walau 14 minit kita tak dapat, kalau minit ke 15 kita dapat pun jadilah. Malah beberapa detik pun jadilah. Nanti esok2nya buat lagi. Semakin panjang detiknya dalam tempoh 15 minit tu.   Nanti akan rasa kemanisannya. Nanti seronok nak buat selalu. Makin lama tenang tu makin dapat dipanjangkan. Dan masa tenang tu kalau ilham yg betul datang dari dalam, layan lah. Mmg best. Ilham tu mcm2, malah benda2 yg kita selama ini tak dapat jawapan, tiba2 terjawab. Nak tahu adakah itu fikiran semata2 atau ilham dari dalam? Ilham dari dalam tak was2 dan tak menghukum (no judgement).

Jangan bimbang kalau terasa gatal2 kat mana2 anggota badan, atau nak ubah posisi duduk bila kaki dah kebas. Garulah sedikit. Atau ubah lah posisi tu. Tak 'batal' meditasi. Kadang2 ada hikmahnya juga. Tubuh kita ni bijaksana tau. Dia buat begitu ada masanya sbb kita dlm tak sedar sedang hanyut melayan fikiran. Jadi secara tidak sedar, pergerakan tersebut bertujuan utk memecahkan fikiran tersebut.

Teknik pernafasan itu adalah teknik yg antaranya utk masuk ke trance yg dalam. Ada juga bertindak sebagai anchor. Mmg banyak teknik pernafasan yg ada diajarkan. Ada yg tarik dgn hidung, lepas dgn mulut. Ada yg tarik dgn mulut lepas dgn hidung. Ada yg tarik dgn hidung keluar dgn hidung. Ada yg panjang pendek nafas pun ada. Ada yg tahan sebentar sebelum lepas. Ada yg disertakan dgn zikir tertentu. Mcm Allah-Hu atau Hu-Allah. Terpulang kepada tujuan setiap teknik tersebut. Boleh je. Ikut keselesaan masing2 lah.

Bagi saya, saya lebih selesa dgn bernafas seperti biasa. Utk setting permulaan, saya duduk dgn seselesa mungkin, dan biasanya saya akan tarik nafas yg panjang, tahan sebentar dan lepaskan panjang selama 3 kali. Pastu saya tutup mata. Lepas tu bernafas spt biasa. Itu utk setting. Get in the mood, kata orang putih. Kita dah tahukan, bukan sahaja tubuh mengikut fikiran, fikiran juga mengikut tubuh. Kerana diantara keduanya ada emosi yg menjadi jambatan.

Sbb tu bagi yg belajar teknik meditasi, banyak cara utk setting ni. Umpama cara posisi anggota badan. Cara bernafas. Buka atau tutup mata. Ada yg rendahkan pandangan. Kalau kita tengok patung meditasi, perhatikan matanya. Pasti kelihatan terbuka separuh. Mcm mata orang yg stone atau khayal. Itu antara lain bermaksud rendahkan pandangan. Bila rendahkan pandangan, fikiran akan jadi kurang aktif. Sbb tak banyak benda yg nak dilihat utk difikirkan. Bila kurang aktif, fikiran jadi bosan. Biarkan dia bosan..

Dah setting tu, lepas tu bernafas seperti biasa. Makin lama makin halus. Kadang bila dah sangat halus, terasa mcm bernafas tu mengganggu pulak. Tapi bernafas jugak la kan. Cuma bila terlalu halus masa bernafas tu jadi semakin panjang. Ada kalanya tak terasa kita bernafas pun ada...

Ada juga pengamal meditasi suka bernafas yg panjang. Makin panjang makin bagus bagi mereka. Sbb kata mereka nafas kita ni ada had jumlahnya. Dan nyawa bergantung pada jumlah nafas. Kalau kita bernafas 16 kali seminit, sehari kita bernafas dlm 23,000 kali. Kalau setahun, 8.4 juta kali. Kalau hidup 60 tahun maknanya kita bernafas 504 juta kali. Sbb tu mereka panjangkan nafas, agar jumlah nafas sehari jadi berkurang, jadi boleh hidup lebih lama. Sbb tak sampai jumlah akhirnya lagi. Secara teorinya masuk akal, tapi urusan ajal maut tu Allah je yg tahu.

Balik pada meditasi tadi, yg penting kita bernafas dgn selesa. Dan perhatikan saja nafas kita. Become aware of the breathing. Kita sedar kita sedang bernafas. Rasakan.  Naik turun. Naik turun. Biarkan nafas berlaku secara semulajadi. Boleh je kata dlm hati "masuk, keluar", berulang2 sampai bosan. Dah bosan senyap je lah. Kalau boleh biar bosan sampai kosong... walaupun sedetik...

Tapi sedetik itulah yg kita betul2 seiring (align). Tubuh, minda, hati dan roh. Masa tulah vibrasi kita sama frequensinya dgn vibrasi di dalam. Time tulah yg paling nikmat sekali. Umpama setitik air yg kembali ke lautan. Tak boleh nak ditulis mcmana nikmatnya. Kena alaminya sendiri...
Kesannya, paling kurang 6 jam pasti terasa walaupun dah lama dah selesai bermeditasi. Sbb mcm2 hormon yg baik dikeluarkan spt endrophine, oxytoxin dsbnya. Dan hormon stress spt kortisol menghilang. Kita jadi semakin sihat dan bahagia.

Nanti kalau di kelas kita pratikkan cara2 dan teknik2 bermeditasi ya. Kita buat sampai dapat...
Yg penting utk kita tahu, semua yg kita belajar itu adalah teknik semata2. Utk masuk ke dalam keadaan meditasi (meditative state). Masuk ke dalam keadaan meditasi itulah yg paling penting sebenarnya. Dalam keadaan khusyuk / trance di mana gelombang otak adalah ditahap rendah (deep alpha/theta). Bagi yg dah biasa, ada masanya keadaan meditasi itu datang sendiri tanpa kita rancang. Dan bila ia datang, berhentilah sekejap dari aktiviti anda. Inilah saat yg paling best.

Layanlah keadaan itu utk beberapa minit yg anda terdaya. Bagi yg dah sampai ke tahap enlightenment (fana), tak sedar beberapa minit sebenarnya dah menjadi beberapa jam. Tapi itu bab lain lah ya.. :wink:

Jadi, boleh gunakan nafas kita sebagai tumpuan dan fokus kita. Sbb tahap kesedaran kita kalau dah khusyuk atau trance, hanya nafas je yg kita sedar. Anggota tubuh lain kita mungkin dah tak sedar. Kat mana tangan, kat mana kaki, badan, telinga dah tak tau dah mana letaknya. Hanya nafas je yg ada. Tapi kalau nafas pun dah tak terasa lagi dah... kemungkinan besar masa tu kita sedang tidur... hmm... :sleeping:

Selamat malam....

0 comentários: