Koleksi Pengalaman Aura dan Energy Healing

Home Top Ad

Ada yg bertanya tentang mainan saham. Pagi ni saya nak bercerita tentang saham... Sahabat semua... saham adalah cabang perniagaan. Tetapi ia...

Forex vs Emosi

Ada yg bertanya tentang mainan saham. Pagi ni saya nak bercerita tentang saham...
Sahabat semua... saham adalah cabang perniagaan. Tetapi ianya boleh menjadi sebagai hasil perjudian juga.
Antara yg sangat dekat dgn perjudian adalah forex.


Untung sabut timbul dan untung batu tengelam. Bergantung pada nasib.

Ilmu yg bermanfaat tu. Aktifkan intuisi tuan agar boleh meneka dgn tepat
Tentang saham ini ramai yg mempunyai pandangan yg berbeza.
Ada yg mengatakannya halal dan ada yg mengatakannya haram.
Di sini kita tidak membincangkan soal halal dan haram. Itu terserah kepada keyakinan diri masing2.
Apa yg nak saya bincangkan di sini adalah cara dan pola kita bermain.

Ramai yg kalah di dalam bermain saham ini. Antara penyebab mereka kalah kerana gagal menjaga emosi.

Apabila mereka mendapat sedikit kemenangan lalu perasaan tamak pun datang menguasai diri. Lalu pelaburan ditambah dgn emosi tamaknya pun bertambah. Biasanya org begini akan kalah akhirnya
Mereka yg mahu berkecimpung dibidang saham ini, harus mempunyai tabung energi yg cukup dan mempunyai daya mentaliti yg kuat.

Jika energi diri lemah, sebaiknya carilah hobi lain.

Bidang ini adalah satu bidang yg mempunyai frekuensi yg sangat kuat. Hanya mereka2 yg mempunyai energi mental yg kuat saja layak utk bermain dgn saham forex ini

Soalannya sekarang, bagaimana caranya agar otot2 mental kita menjadi kuat agar kita boleh berhadapan dgn frekuensi forex ini???

Utk menjadikan otot2 mental kita kuat, makanya kita harus melalui proses jatuh bangun dibidang tersebut.

Mereka yg mempunyai otot mental yg kuat, biasanya mempunyai otot2 financial yg kuat juga..
Tahukah sahabat semua, mereka yg mempunyai otot financial yg kuat, sekiranya beliau mengalami kejatuhan di dalam kewangannya pada kadar yg paling parah sekali pun, itu semua hanya bersifat sementara saja. Dgn cepat beliau akan bangkit utk memperbaiki masalah kewangannya.

Tapi jika mereka yg tidak mempunyai otot financial yg kuat pula, biasanya apabila mereka jatuh atau bangkrap, pasti tidak boleh bangun dan tidak mampu atasi masalah tersebut
Harap semua faham dgn istilah otot financial yg saya tuliskan ini. Ianya ibarat otot2 tubuh kita juga, jika otot tubuh kita kuat pasti utk kita angkat barang 50kg sangat mudah dan sebaliknya

0 comentários: