Koleksi Pengalaman Aura dan Energy Healing

Home Top Ad

TUAH HIDUP MANUSIA Ada orang kerana badannya besar, dia dikenali. ada orang kerana dia anak/ahli keluarga seseorang, dia disanjungi. ada ora...

Tuah Badan Manusia

TUAH HIDUP MANUSIA

Ada orang kerana badannya besar, dia dikenali.

ada orang kerana dia anak/ahli keluarga seseorang, dia disanjungi.

ada orang hidup merana sebelum usia 30, tetapi selepas usianya 30, rezeki yang datang mencurah-curah dan tak henti-henti.

ada orang menceburi hampir 100 jenis bisnes, tetapi masih gagal dan rugi. Tetapi apabila usahanya yang ke 101, bisnesnya menjadi dan rezeki yang datang berlipat kali ganda dari apa yang dihajati.

ada orang tak pernah buat bisnes sana sini, tetapi sekali buat, bisnesnya terus menjadi-jadi.

ada orang bekerja siang malam tak henti-henti nak kumpul duit untuk anak bini. Tetapi rezeki yang dipinta datang bertimpa-timpa apabila anak bini dijemput ilahi.

ada orang mendapat kesempitan hidup apabila berada di negara sendiri, tetapi apabila berhijrah ke negara orang, disitulah ada tuah, disitulah ada rezeki.

ada orang sebelum berkahwin, segala yang diusahakannya dipandang sepi. Tetapi apabila kahwin je.. tuah dan rezeki semakin berseri-seri, segala usahanya dipandang sana sini.

ada pulak orang sebelum kahwin, happy go lucky. Tetapi apabila sah sahaja berkahwin, kehidupannya mulai sepi. Bahagia yang dicari, duka yang menanti.

Kerana itu ada orang, tuah dan rezekinya datang apabila ditinggalkan isteri, dicerai suami.

ada orang bertahun-tahun menghidap penyakit kronik, tetapi masih hidup hingga ke hari ini.

ada orang pula, sihat walafiat tetapi tak sangka telah dijemput ilahi.

Ada orang rezekinya sampai apabila sudah puas melalui onak dan duri.

ada orang rezekinya semudah A. B. C. tanpa perlu lalui cabaran sana sini.

ada orang buat apa sahaja menjadi, tetapi kerana silap satu sahaja Allah taala nak uji, habis lingkup usahanya selama ini.

ada orang pula, sudah puas berguru sana sini tetapi masih belum dapat apa yang dihajati. tetapi akhirnya kerana sang guru ini, dia perolehi apa yang dihajati.

kita semua tak sama. kitaran hidup kita juga berbeza. tuah & rezeki itu rahsia DIA. bersyukurlah apa yang ada.

Ikhlas,

0 comentários: