Koleksi Pengalaman Aura dan Energy Healing

Home Top Ad

Apa yg kita sedang hadapi di dalam kehidupan kita sekarang ini, adalah imej dari apa yg terakam di dalam diri sejati kita. Ada yg namakannya...

Apa yg kita sedang hadapi di dalam kehidupan kita sekarang ini, adalah imej dari apa yg terakam di dalam diri sejati kita.
Ada yg namakannya diri sejati
Ada yg namakannya self image
Ada yg menamakannya inner identity
Macam2 nama lah. Tapi pada hakikatnya hanya berubah nama tapi ianya sama saja.
Self image ada inti dari segala yg kita lalui sekarang.
Self image juga membentuk vibrasi atau aura kita
Self image juga adalah diri batin kita
Self image juga adalah tenaga dalam kita
Self image juga adalah maruah kita
Self image juga adalah peribadi diri kita.
Semuanya berkait rapat dgn self image.
Sayang sekali tak ramai yg mengenali self image nya sendiri
Bererti dia tidak mengenali dirinya sendiri
Apabila kita tidak mengenali diri kita sendiri, bagaimana kita nak membentuk self image kita
Jika kita tidak boleh membentuk self image kita, bagaimana kita nak bentuk kehidupan kita.
Mari kita ikuti kelas yg akan datang ini.
Di mana di dalam kelas nanti, anda ajarkan teknik bermain di inti
Bukan main di kulit lagi sebaliknya anda di ajarkan sehingga mencapai isi.
Jika kita mahu mengubah kehidupan kita, maka ubahlah diri sejati kita
Tanpa kita ubah diri sejati ini, tiada satu pun yg akan berubah dari kehidupan kita.
Ada yg menyangka utk kaya harus bercermat, jgn boros dan membazir. Tapi setelah kita amalkan, kita tetap tak kaya2 juga. Sebaliknya ramai yg suka berfoya-foya dan membeli barangan mewah terus bertambah kaya.
Ramai yg menyangka utk kaya harus berniaga tapi bila kita berniaga, 3 bulan terus tutup. Rugi besar. Sudahlah tak kaya tapi bertambah miskin lagi.

Ramai yg menyangka utk menjadi sihat jgn merokok tapi sebaliknya ramai yg tak isap rokok sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan macam2 lagi...

Tak cukup dgn kayakan hati kalau diri sejati kita masih miskin.
Diri sejati adalah inti diri kita yg terdalam.
Di situ letaknya kepercayaan, keyakinan, sangkaan dan lain2
Pasti ramai di antara kita yg pernah dengar kata2, bahwa "Allah mengikut sangkaan hambanya..."

Oleh itu kehidupan yg sedang kita jalani sekarang adalah hasil dari sangkaan kita. Jika kita sangka utk kaya harus membanting tulang, maka kita harus membanting tulanglah utk kaya.

Utk kita menjadi ahli perniagaan yg berjaya harus ada diri sejati yg jitu dan mantap.
Self image itulah modal utama
Baiklah... rasanya ramai yg sudah tahu apa itu self image dan peranannya yg sangat penting
Soalannya sekarang, bagaimana utk membentuk self image ini...
Bagaimana agar aura kita sentiasa bersinar terang dgn cahaya2 yg berkilauan...
Bagaimana agar vibrasi sentiasa mantap...

Setiap org tak kira siapa ada self image nya tersendiri.
Syaitan dan malaikat juga mempunyai self image tersendiri
Bererti ada self image baik dan ada self image yg buruk
Seorang dukun pasti membentuk self image yg sesuai dgn kerjayanya sebagai dukun
Seorang doktor juga pasti mencorak self image nya sebagai doktor.
Seorang penjenayah juga akan mencorakan self image nya sebagai penjenayah.
Dan hanya diri sendiri yg tahu dan kenal self image  masing2.
Setiap org yg mahu mengenali self image diri sendiri harus melihat dirinya sendiri sejujur mungkin. Pasti anda temui bahagian2 diri anda yg buruk dan negatif. Itu adalah perkara biasa. Ini kerana kita bukannya malaikat tetapi kita adalah mahluk sempurna yg diciptakan Allah swt iaitu ada bahagian diri baik dan ada bahagian diri jahat.
Malaikat itu tidak sempurna kerana pada dirinya tiada bahagian kejahatan.
Iblis itu tidak sempurna kerana tiada bahagian diri nya kebaikan..
Apa pun mahluknya, setiap sesuatu itu ada self image nya masing2.
Menurut keilmuan psikologi,  self image ini duduknya pada super unconscious dalam minda kita.
Keberadaannya hampir tidak kita sedari dan sulit utk kita kupaskan secara ilmiah tetapi kita masih mampu mengupasnya.
Self image banyak bermain diranah-ranah mistik.
Sehinggakan utk melakukan sihir pun, sesaorang harus ada self image ahli sihir.

Setiap org mungkin mempunyai puluhan atau bahkan mungkin ratusan self image nya...
Saya sendiri tidak dapat membilang ada berapa self image diri saya.
Mungkin banyak yg sudah tidak aktif dan mahu diaktifkan utk tujuan2 tertentu.
Dan mungkin ada banyak lagi yg harus saya download  self image baru.
Di dalam kelas nanti saya ajarkan teknik mudah utk download self image yg anda kehendaki yg pastinya sangat berguna kepada anda utk anda mencapai tujuan yg diingini
Master Edi Sugianto dan master2 yg lain pasti akan memastikan anda berjaya utk download self image dgn mudah dan yg paling mujarab
Ramai yg tidak menyedari, yg self image kita sendiri tidak selaras dgn kehendak dan tujuan kita. Kerana inilah ramai yg gagal di dalam perniagaan atau mencapai tujuan masing2.
Ramai yg tidak menyedari self image diri mereka telah memsabotage cita2 dan impiannya.
Oleh itu, marilah kita belajar dasar atau akar keilmuan apa pun sebelum kita belajar lebih jauh lagi
Jika dasarnya tidak kukuh, pasti yg lain2 juga goyang.
Kerana itu ramai yg sudah pergi mengikuti seminar2 yg berharga ribuan ringgit tapi masih lagi berada di takok yg sama.
Ini kerana anda masih belum lagi belajar mengenali diri sejati (self image) dan teknik membentuknya sesuai tujuan dan kehendak kita
Boleh faham ke ni?

Motivasi Perubahan dalam hidup memang tidak menjamin keberhasilan, namun tidak akan ada keberhasilan juga jika tanpa perubahan, Impian tidak...

Motivasi

Perubahan dalam hidup memang tidak menjamin keberhasilan, namun tidak akan ada keberhasilan juga jika tanpa perubahan, Impian tidak akan menggerakkan seseorang untuk maju tetapi alasan yang kuat dibalik impian itulah yang menggerakannya, mungkin untuk membantu keluarga atau sebagainya tetapi sebenarnya itulah semangat anda yang mendorong anda untuk lebih berusaha.

Orang yang kuat hatinya, Bukannya mereka yang tidak pernah menangis, Melainkan Orang yang tetap tegar ketika masalah datang atau ketika banyak orang menyakitinya, kerana kekuatan tidak datang dari fizikal melainkan datang dari jiwa dan semangat untuk terus hidup dan berjuang.

Ketika masalah datang, Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Tetapi, Allah hanya minta sabar dan solat, Sabar adalah cara yg harus digunakan untuk menyelesaikan masalah apapun. Seberat apapun, akan cepat diselesaikan dengan kesabaran dan kesabaran itu adalah dengan ilmu dan strategi bukan sabar tanpa tindakan.

Seberat apapun beban masalah yang kamu hadapi saat ini, percayalah bahwa semua itu tidak akan pernah melebihi batas kemampuanmu, jika kamu tetap merasakan demikian, maka itu hanyalah persepsi diri kamu sahaja tentang perasaan kamu sendiri kerana kamu mempunyai pilihan untuk menukar perasaan tersebut kepada positif. Teruskan hidupmu dengan sebuah semangat berjuang untuk hidupmu sendiri dengan sabar, syukur dan yakin kerana kamu dicipta dengan penuh kesempurnaan dan paling tinggi darjatnya jika benar kamu orang orang yang beriman(percaya padaNya).

Kali ini saya akan bawakan tajuk SELF TALK. Self talk umpama perbualan  diri kita dgn fikiran kita sendiri. Ramai yg tidak menyedari bahwa s...

Kali ini saya akan bawakan tajuk SELF TALK.
Self talk umpama perbualan  diri kita dgn fikiran kita sendiri.
Ramai yg tidak menyedari bahwa self talk sangat mempengaruhi tindakan, sikap, keyakinan, perbuatan dan lain2 pada diri kita.
Self talk juga mempengaruhi sangat kuat pada untung rugi nasib kita.
Self talk ini terjadi pada kita semenjak kanak2 lagi.
Seolah olah ada sekumpulan jemaah yg bersidang di dalam diri kita.
Contoh ketika kita mahu bangun tidur waktu pagi. Ada suara2 hati yg memberitahu supaya bangun utk pergi kerja dan ada suara hati yg mahu kita tarik selimut lagi dan sambung tidur.
Seolah olah tidak ada kesepakatan di dalam suara2 hati kita.
Contoh lain ketika kita mahu membuat satu keputusan. Ada yg menolak dan ada yg tidak.
Oleh itu, suara manakah yg seharusnya kita ikuti?
Ini yg ramai confuse
Ini yg ramai tak tahu self talk yg mana harus dia ikuti
Self talk adalah teknik terbaik utk sesaorang memprogram dirinya sendiri
Ramai yg tidak mengenali self talk dirinya dan mereka tidak menyedari sudah memprogram dirinya dgn hal2 yg negatif
Self talk juga bagus dan sangat baik utk sesaorang membuang mental block atau luka2 batin yg pernah dialami nya di dalam kehidupan
Self talk juga sangat bagus utk sesaorang move on dan membuat tindakan2 yg diluar jangkaan...
Sahabat semua...
Kenali diri ini di setiap sudut.
Jika sudah kita kenali diri sendiri, maka kita akan temui bahawa di dalam diri manusia ini sangat lengkap dan sempurna...
Tahukah sahabat semua, di dalam diri kita ini juga ada sisi baik dan ada sisi buruk.
Sisi buruknya, diri kita sendiri boleh menyihir dirinya sendiri. Ini sangat banyak terjadi.
Diri kita sendiri yg menjatuhkan diri kita sendiri.
Sungguh pun begitu, Allah bagikan kita keseimbangan.
Dalam diri kita juga ada sisi baik yg boleh menyembuhkan diri kita sendiri
Dalam diri kita juga anda boleh membuatkan kita disayangi, dikasihi, makmur kehidupan dan lain2
Oleh itu, jgn lah kita terlalu fokus pada luar diri kita. Ini kerana effect samping hal2 yg diluar diri kita adalah sangat rendah dan kecil sangat. Sebaliknya diri kita sendiri yg menentukan untung nasib kita sekarang dan selamanya.
Setiap anak Adam itu bertanggungjawab atas dirinya sendiri...

Ada yg bertanya tentang mainan saham. Pagi ni saya nak bercerita tentang saham... Sahabat semua... saham adalah cabang perniagaan. Tetapi ia...

Ada yg bertanya tentang mainan saham. Pagi ni saya nak bercerita tentang saham...
Sahabat semua... saham adalah cabang perniagaan. Tetapi ianya boleh menjadi sebagai hasil perjudian juga.
Antara yg sangat dekat dgn perjudian adalah forex.


Untung sabut timbul dan untung batu tengelam. Bergantung pada nasib.

Ilmu yg bermanfaat tu. Aktifkan intuisi tuan agar boleh meneka dgn tepat
Tentang saham ini ramai yg mempunyai pandangan yg berbeza.
Ada yg mengatakannya halal dan ada yg mengatakannya haram.
Di sini kita tidak membincangkan soal halal dan haram. Itu terserah kepada keyakinan diri masing2.
Apa yg nak saya bincangkan di sini adalah cara dan pola kita bermain.

Ramai yg kalah di dalam bermain saham ini. Antara penyebab mereka kalah kerana gagal menjaga emosi.

Apabila mereka mendapat sedikit kemenangan lalu perasaan tamak pun datang menguasai diri. Lalu pelaburan ditambah dgn emosi tamaknya pun bertambah. Biasanya org begini akan kalah akhirnya
Mereka yg mahu berkecimpung dibidang saham ini, harus mempunyai tabung energi yg cukup dan mempunyai daya mentaliti yg kuat.

Jika energi diri lemah, sebaiknya carilah hobi lain.

Bidang ini adalah satu bidang yg mempunyai frekuensi yg sangat kuat. Hanya mereka2 yg mempunyai energi mental yg kuat saja layak utk bermain dgn saham forex ini

Soalannya sekarang, bagaimana caranya agar otot2 mental kita menjadi kuat agar kita boleh berhadapan dgn frekuensi forex ini???

Utk menjadikan otot2 mental kita kuat, makanya kita harus melalui proses jatuh bangun dibidang tersebut.

Mereka yg mempunyai otot mental yg kuat, biasanya mempunyai otot2 financial yg kuat juga..
Tahukah sahabat semua, mereka yg mempunyai otot financial yg kuat, sekiranya beliau mengalami kejatuhan di dalam kewangannya pada kadar yg paling parah sekali pun, itu semua hanya bersifat sementara saja. Dgn cepat beliau akan bangkit utk memperbaiki masalah kewangannya.

Tapi jika mereka yg tidak mempunyai otot financial yg kuat pula, biasanya apabila mereka jatuh atau bangkrap, pasti tidak boleh bangun dan tidak mampu atasi masalah tersebut
Harap semua faham dgn istilah otot financial yg saya tuliskan ini. Ianya ibarat otot2 tubuh kita juga, jika otot tubuh kita kuat pasti utk kita angkat barang 50kg sangat mudah dan sebaliknya

Suatu pagi sedang aku menyiapkan kerja sekolah di ruang kamarku, aku melihat ke luar jendela untuk mencari idea2 yg terbaik bagi menyiapkan ...

Suatu pagi sedang aku menyiapkan kerja sekolah di ruang kamarku, aku melihat ke luar jendela untuk mencari idea2 yg terbaik bagi menyiapkan karangan ini.

Di luar pemandangan pagi begitu indah sekali. Daun2 di ranting pokok yg hampir di jendela sesekali bergerak di hembus bayu.

Sedang aku terleka, ku melihat ada sesuatu yg bergerak2 di ranting tersebut. Lalu aku tertarik utk melihat dgn lebih dekat. Barulah jelas aku melihat satu kepompong yg sedang cuba dipecahkan oleh penghuni di dalamnya. Lama kelamaan aku dapat melihat sosok tubuh seekor rama2 biru.
Aku melihat rama2 itu begitu bersusah payah cuba utk memecahkan kepompongnya agar ia dapat keluar sepenuhnya. Namun setelah sekian lama, ia masih belum dapat keluar sepenuhnya. Kasihan melihatkan keadaan rama2 tersebut, aku keluar mendapatkan ranting tersebut lalu menolong membebaskan rama2 tersebut dgn mengupas kepompong itu.

Rama2 yg sudah ku keluarkan ku letak dgn perlahan di atas ranting tersebut. Rama2 tersebut dgn perlahan membuka kepaknya. Namun ternyata ia kelihatan begitu lemah. Dicubanya beberapa kali tapi ia masih nelum dapat terbang. Ketika itu aku kehairanan, padahal aku sudah membantunya keluar tadi. Ketika aku sedang asyik mengharapkan rama2 itu dapat terbang seperti rama2 lain, tiba2 aku disapa oleh ayahku. Aku menceritakan perhal tersebut kepada ayah. Lalu ayah dgn menggeleng kepalanya berkata kepadaku, "Anakku, ada sebab mengapa rama2 itu perlu bersusah payah utk keluar dari kepompongnya. Kerana dgn kesusahan itu, rama2 tersebut akan dapat mengumpul kekuatannya utk terbang. Pengalaman itu amat penting baginya. Sekarang anakku walaupun niatmu baik, namun pertolonganmu itu telah menyebabkan ia tidak dapat lagi terbang kerana belum cukup waktunya".

Begitulah halnya dgn kehidupan kita ini. Setiap seseorang itu perlu menghadapi susah payah utk menempuh halangan2 dalam hidupnya agar pengalaman tersebut dapat memberikannya kekuatan utk meneruskan kehidupannya di masa depan. Jangan bimbang apabila melihat anak2 kita bersusah payah kerana pengalaman itu perlu baginya. Sekiranya kita terlalu melindungi dan terlampau membela anak2 kita itu, kemungkinan nanti apabila mereka besar kelak mereka tidak dapat hidup berdikari. Apa pula akan terjadi pada mereka nanti sekiranya kita telah tiada kelak?
Lihatlah seperti burung. Ibubapa burung apabila cukup waktunya dengan sengaja akan menolak anak2 mereka keluar dari sarang yg tinggi, agar anak2 mereka itu boleh terbang dan dapat mencari makanan mereka sendiri.  Tidakkah mereka bimbang anak2 mereka itu akan terjatuh lalu mati? Hmm.. Kadang2 iman sang burung lebih kuat dari kita yg bergelar manusia...

sedikit pengisian2 yg akan team kami bawakan di kelas tenaga batin lelaki pada 19 ogos nanti. Ramai lelaki yg menyedari bahawa tenaga batinn...

sedikit pengisian2 yg akan team kami bawakan di kelas tenaga batin lelaki pada 19 ogos nanti.
Ramai lelaki yg menyedari bahawa tenaga batinnya semakin mulai lemah. Mungkin faktor usia dan mungkin faktor fikiran..
Tetapi ramai yg tak ambil kisah masalahnya dan yg paling ramai adalah mereka yg malu bertemu perawat utk mencari penawar masalahnya.
Sungguh pun begitu, ramai juga yg suka mengambil jalan pintas dgn mengambil ubat2an kimia yg mudah didapati di pasaran dan memberikan kesan buruk dlm jangka masa panjang.

Semakin kuat kepercayaan itu, semakin kuat percaya diri nya Hipnosis ada jalan pintas utk setting fikiran2 yg tiada keyakinan pada dirinya s...

Semakin kuat kepercayaan itu, semakin kuat percaya diri nya
Hipnosis ada jalan pintas utk setting fikiran2 yg tiada keyakinan pada dirinya sendiri.
Dgn hipnosis, anda boleh lakukan program baru ada keyakinan anda. Di situlah kecantikan anda yg sebenarnya akan terserlah
Ini telah dibuktikan di dunia medic di barat.
Ramai yg telah melakukan rawatan pembedahan plastic masih tetap tidak mampu mengubah keyakinan mereka pada mindanya.
Walau pun pembedahan plastic telah di lakukan dgn sempurna, ramai yg masih belum puas hati dgn diri masing2.
Ini disebabkan mereka hanya mengubah pada luaran saja dan bukannya mengubah pada diri dalaman.

Fikiran manusia itu, melompat-lompat dari satu trance ke satu trance yg lain
Beruntunglah mereka2 yg hidupnya sedar.
Tapi saya, tak ramai yg sedar. Sebaliknya mereka sentiasa berkhayal dgn dunia imaginasinya

Jika anda percaya sehingga peringkat unconscious bahwa anda cantik, pasti tiada siapa di dunia ini yg akan mengatakan anda itu hodoh. Pasti ...

Jika anda percaya sehingga peringkat unconscious bahwa anda cantik, pasti tiada siapa di dunia ini yg akan mengatakan anda itu hodoh. Pasti setiap mata yg memandang anda pasti akan kata anda cantik.
Di dalam keilmuan traditional melayu, kebiasaannya anda diberikan mentera atau ayat2 tertentu utk anda amalkan.
Mungkin anda akan disuruh utk melakukan ritual mandi bunga dan lain2.
Mentera yg anda hafal dan baca puluhan kali itu utk anda ingatkan, sebenarnya bertujuan agar kepercayaan anda pasti cantik tertanam di minda separa sedar anda.
Matlamatnya anda harus dijadikan percaya diri anda cantik.
Jika anda baca ribuan kali sekali pun, tapi anda belum yakin anda cantik, mentera itu tidak berfungsi sama sekali
Pasal itu bomoh suruh kita yakin dgn ilmu atau mentera yg diajarkan. Katanya kalau was2, ilmu tak jadi. Inilah sebabnya
Hipnosis juga mengunakan kaedah dan pola yg sama. Cuma kelebihan hypnosis, ianya terus tanamkan keyakinan anda terus ke dalam minda separa sedar anda

Semakin kuat kepercayaan itu, semakin kuat percaya diri nya
Hipnosis ada jalan pintas utk setting fikiran2 yg tiada keyakinan pada dirinya sendiri.
Dgn hipnosis, anda boleh lakukan program baru ada keyakinan anda. Di situlah kecantikan anda yg sebenarnya akan terserlah
Ini telah dibuktikan di dunia medic di barat.
Ramai yg telah melakukan rawatan pembedahan plastic masih tetap tidak mampu mengubah keyakinan mereka pada mindanya.
Walau pun pembedahan plastic telah di lakukan dgn sempurna, ramai yg masih belum puas hati dgn diri masing2.
Ini disebabkan mereka hanya mengubah pada luaran saja dan bukannya mengubah pada diri dalaman.

TETAPLAH MENJADI BAIK Seorang profesor di kelas filsafat bertanya pada mahasiswanya, "Berapa harga selembar kertas?" Salah seorang...

TETAPLAH MENJADI BAIK

Seorang profesor di kelas filsafat bertanya pada mahasiswanya, "Berapa harga selembar kertas?"

Salah seorang mahasiswa menjawab, "Tergantung apa ISI kertasnya prof ...
Jika kertas itu cek yg BERISI nominal dengan jumlah yg banyak, tentu kertas itu akan menjadi sangat berharga.

Kemudian ia pun bertanya lagi, "Berapa harga sebuah kanvas?".

"Tergantung siapa Pelukisnya". Jawab seorang mahasiswa di bangku depan.

Sang profesor melanjutkan pertanyaanya, "Berapa harga sebuah buku?".

"Tergantung siapa Penulisnya", respon mahasiswa di bangku tengah.

Kemudian sang profesor melanjutkan pertanyaan berikutnya, "Berapa harga sebuah film?".

"Tergantung siapa pemain & sutradaranya". Sahut mahasiswa di bangku belakang.

Sang profesor bertanya kembali, "Lalu, berapa harga sebuah KEHIDUPAN?".

Kali ini tak ada seorang pun yg menjawab, kelas beberapa saat senyap sepi...

Lalu sang profesor memecah kesunyian ini dgn berkata, "Tergantung bagaimana kita sebagai manusia MENGISI dan MENJALANINYA setiap hari."

Kemudian ia melanjutkan penjelasannya, "Tapi kadang nilai kita di mata orang lain itu dinilai rendah, BERMASALAHKAH?...

Kelas kembali senyap sepi ... lalu sang profesor menjawabnya kembali: "BIARKANLAH...
Sebab sejatinya dari kita lah yg tahu nilai hati & perbuatan kita, bukan orang lain...

Bila kita menabur benih² yg baik, niscaya hasil tuaiannya pun pasti akan baik, dan hasil karya kita akan bernilai baik dan tinggi.

Saudaraku...
Nilai dari kebaikan itu adalah ditentukan oleh karakter, integriti, kejujuran dan ketulusan hati kita.

Semoga bermanfaat............
Tetap Senyum...

Hari ni nak share sikit ttg meditasi. Meditasi jika dilakukan dgn cara yg betul, dapat memberikan banyak manfaat dan faedah utk kita. Dari s...

Hari ni nak share sikit ttg meditasi. Meditasi jika dilakukan dgn cara yg betul, dapat memberikan banyak manfaat dan faedah utk kita. Dari segi kesihatan, ketenangan, kebahagiaan. Zahir dan batin. Rohani dan jasmani.
Agak2 ada tak sahabat2 disini yg nak tahu lebih lanjut ttg meditasi? Ada kot. Jawab dalam senyap..
Mungkin meditasi yg saya kongsikan disini ada bezanya dari guru2 yg lain, tetapi jangan bimbang kerana perbezaan tersebut hanyalah dari segi luaran sahaja, tetapi dalamannya adalah sama. Mungkin cara penyampaiannya sahaja berbeza mengikut pengalaman masing2.
Meditasi adalah diadaptasikan dari perkataan Inggeris, "meditation", yg berasal dari perkataan Latin, "meditatio", atau "meditari", yg bermaksud berfikir yg dalam, merenung atau tafakur.
"Tafakur" tu asalnya dari bahasa arab, begitu juga "tadabbur". "Al-tahannuth" adalah satu amalan meditasi yg bersenyap sunyi, diamalkan secara berkhalwat (menyendiri) di dalam gua yg dilakukan oleh org2 arab dahulu kala.
Dalam Islam, banyak sebenarnya diceritakan ttg perihal meditasi ini. Cuma penggunaan bahasa je lain. Boleh kajiselidik sendiri ya.
“Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Ali Imran [3] : 191)
Bagi org2 Hindu, Buddha dan Jain, ianya dikenali sebagai "dhyana". Orang2 asli malah seperti red indian sekalipun mereka mempunyai amalan2 meditasi ini dalam bahasa dan cara mereka sendiri. Kalau org2 melayu dahulu kala pula, sering disebut bertapa.
Maknanya meditasi ini bukanlah benda baru. Ianya telah diamalkan oleh org2 dulu semenjak beribu2 tahun dahulu. Cuma apabila ianya dibawa kedalam satu kepercayaan, maka ianya diserapkan ke dalam kepercayaan tersebut, lalu dilabelkan sebagai hakmilik esklusif sesuatu kepercayaan tersebut.
Jadi tak hairanlah, ramai yg beranggapan meditasi itu amalan agama hindu dan buddha kerana itu yg jelas terpampang dalam media massa yg menonjolkan org2 hindu dan buddha melakukan meditasi.
Walhal dalam Islam, banyak diceritakan ttg amalan rasul2 dan nabi2 dahulu yg bertafakur di sesuatu tempat yg sunyi lalu menerima wahyu. Begitu juga dgn kisah para wali2. Sayangnya, kisah2 ini tidak diketengahkan kepada umum sehingga dirasakan seolah2 meditasi itu sesuatu yg agak asing bagi kita.
Tapi apapun, bukan niat saya nak berbincang dari segi keagamaan disini. Yg saya nak kongsikan adalah ttg meditasi itu sendiri dari segi tubuh, minda dan jiwa. Yg boleh mendatangkan manfaat kepada kita...
Sekiranya terma meditasi ini agak janggal bagi anda, anda boleh gunakan terma "relaksasi", atau "bertenang". Relaksasi tubuh, minda dan jiwa. Kerana dalam melakukan meditasi, tubuh, minda dan jiwa akan menjadi sangat relaks.
Dalam keadaan relaks yg dalam inilah minda bawah sedar kita akan terbuka. Ketika ini gelombang otak menurun kepada alpha malah kepada theta. Ketika ditahap inilah kita mudah melakukan pemprograman semula minda kita.
Malah jika pemprograman minda tidak dilakukan, ianya tetap memberikan manfaat kepada kita. Kerana ketika ini tubuh, minda, hati dan roh kita berada dalam keadaan seiring (in alignment). Tanpa gangguan dari minda sedar dan emosi negatif, sel2 didalam badan dapat bekerja memulihkan mereka sendiri tanpa gangguan minda. Hormon2 yg menyebabkan stress menghilang. Fikiran menjadi semakin tenang. Dada menjadi semakin lapang. Kita menjadi semakin aman dan tenteram...
Mula2 saya diperkenalkan dengan latihan meditasi ini secara praktikal adalah pada tahun 1994. Dan semenjak itu saya belajar dari guru2 tempatan dan luar negara. Antaranya saya pernah belajar teknik2 meditasi Osho, seorang guru yg sangat popular di India dan negara2 barat. Meditasi Mindfulness yg popular di barat oleh John Kabat Zinn. Meditasi dari Tibet (No Mind). Meditasi Sufi (Sufi Whirling). Juga dari guru2 tua tradisional yg pernah bertemu lutut dgn Tok Pawang Nong, Moyang Gajah, Tok Kenali dsbnya. Mereka ya yg bertemu lutut, bukan saya. Saya cuma bertemu lutut dgn org2 yg pernah bertemu lutut dgn tokoh2 itu...
Dari apa saya pelajari dan apa yg saya alami ketika melakukan teknik2 tersebut, yg berbeza adalah dari segi caranya. Tapi penghujungnya adalah sama. Umpama org yg nak ke Mekah, kalau datang dari timur lain laluan dan pengalamannya. Begitulah juga yg datang dari barat, atau utara, atau selatan. Malah kalau naik kapalterbang tentulah berbeza jika menaiki kapal laut atau ikut jalan darat. Tetapi matlamatnya tetap sama walau cepat atau lambat dgn laluan dan pengalaman masing2...
Apapun, terpulang pada kita sebenarnya. Guru2 hanya boleh membimbing tapi kita yg kena masuk sendiri. Kalau kita jujur, ikhlas dan bersungguh2, insyaAllah dapat...
Macam cerita tentang kopi lah. Kita boleh belajar mcm2 tentang kopi. Dari segi rupa bentuknya, baunya, rasanya. Se detail manapun boleh kita belajar. Malah banyak buku2 yg ditulis ttg kopi. Tapi selagi kita tak tengok dgn mata kepala sendiri, tak sentuh dgn tubuh sendiri, tak bau dgn hidung sendiri, tak rasa dgn lidah sendiri, selagi itulah kita tak dapat menikmati kopi tersebut. Maka apa yg kita belajar tersebut, sedalam manapun, tetap teori sahaja. Tak ada manfaatnya melainkan ilmu teori itu sahaja.
Tapi disini, utk mengelakkan daripada sebarang kontroversi, saya hanya akan membincangkan perihal meditasi dari segi tubuh, minda, hati dan roh. Roh kita sendiri. Masing2 ada roh sendiri kan.. Peliklah kalau roh sendiri pun tak kenal... :wink:
Tapi kalau lebih atau atas atau dalam daripada itu saya tak mahu bincangkan disini ya. Yg tu kena duduk berdepan2. Saya dulupun begitu. Yg rahsia kena berdepan. Ada seorang guru tradisional tu bila saya berdepan, hanya bagi satu penerangan dalam beberapa perkataan sahaja, tak sampai satu minit, tapi kesannya hampir sebulan saya dalam keadaan mabuk "trance"...
Meditasi ni begitu power ya. Bukan meditasi tu yg power, tapi power bagi kita yg dapat seiringkan tubuh, minda, hati dan roh kita dgn izin Allah swt. Barulah dikatakan manusia itu digelar sebagai khalifah yg sebenar2nya.
Malah telah tersebut dalam kitab2 lama, bagi org yg telah seiring hati dan fikirannya (yg diperoleh melalui meditasi) mampu mengalihkan gunung ganang. Ingat ttg meditasi pusat energi hati yg kita bincang dulu? Bagi yg baru masuk group, boleh search guna key words ya atau scroll ke atas. Boleh dikatakan semua info dlm group ni sejak diwujudkan masih ada.
Aisey, dah banyak tulis dah, itu baru mukadimah yg sangat ringkas sahaja. Takpe lah ek, nak belajar pelan2. Biar kita faham betul2 dulu. Takmau org kata "meditasi mee maggi" je nanti. Org sekarang semua nak segera je kan. Berhujah cukup hebat, tapi isi tak ada...
Nanti senang2 kita sambung lagi...

Sebelum itu persilakan sahabat2 utk berkongsi ilmu dan pengalaman anda disini. Ilmu Allah itu amat luas, tiada siapapun boleh ceritakan semu...

Sebelum itu persilakan sahabat2 utk berkongsi ilmu dan pengalaman anda disini. Ilmu Allah itu amat luas, tiada siapapun boleh ceritakan semuanya. Saya berkongsi hanya pengalaman sendiri yg sedikit sahaja, dan saya tahu ianya ibarat setitik air di lautan.

Tujuan meditasi ni secara umumnya adalah utk tenang. Kalau kita dah boleh tenang tanpa meditasi, mungkin tak perlu nak meditasi dah. Sbb dalam tenang tulah baru kita boleh dapat atau dengar ilham2 dan idea2 dari dalam. Fikiran yg sedang sibuk takkan dapat dengar apa yg nak disampaikan dari dalam. Dan utk capai ketenangan ni kena banyak berlatih.

Nak pandai berenang pun, sekali dua masuk dalam air belum tentu boleh pandai berenang lagi. Practice makes perfect kata orang putih. Apapun kemahiran perlukan latihan. Sbb itu orang dulu2 kalau belajar mesti disuruh praktis. Kalau tak hanya teori semata2. Jadi buatlah selalu. Tak perlu lama pun. Dapat 15 minit sehari pun cukup. 15 minit sehari tu hanya 1% saja dari masa kita satu hari. Masa meditasi tu terpulanglah, asalkan masa tu tiada gangguan dari luar.

Semasa meditasi tu, cuma rasakan nafas kita turun naik sahaja. Perhati saja. Atau dengar bunyi yg konstan spt bunyi kipas, atau aircond, atau bunyi hujan, atau muzik dsbnya. Atau tengok lilin yg terpasang dalam pandangan yg rendah. Apa pun caranya, boleh. Asalkan dapat alih tumpuan daripada berfikir. Jika fikiran2 datang, anggap saja seperti awan yg berarak. Biarkan awan tu berlalu. Dengan erti kata lain, jangan layan fikiran2 tersebut. Biarkan saja. Jangan layan. Ia tak boleh kekal lama, pasti hilang dan diganti fikiran baru. Kalau kita layan, fikiran tu pasti beranak pinak kepada fikiran2 yg berkait.

Jangan bimbang, setiap kali kita terbabas, ingatkan diri kita balik semula yg kita sedang bermeditasi. Walau berlaku banyak kali, patah balik semula tak apa. Walau 14 minit kita tak dapat, kalau minit ke 15 kita dapat pun jadilah. Malah beberapa detik pun jadilah. Nanti esok2nya buat lagi. Semakin panjang detiknya dalam tempoh 15 minit tu.   Nanti akan rasa kemanisannya. Nanti seronok nak buat selalu. Makin lama tenang tu makin dapat dipanjangkan. Dan masa tenang tu kalau ilham yg betul datang dari dalam, layan lah. Mmg best. Ilham tu mcm2, malah benda2 yg kita selama ini tak dapat jawapan, tiba2 terjawab. Nak tahu adakah itu fikiran semata2 atau ilham dari dalam? Ilham dari dalam tak was2 dan tak menghukum (no judgement).

Jangan bimbang kalau terasa gatal2 kat mana2 anggota badan, atau nak ubah posisi duduk bila kaki dah kebas. Garulah sedikit. Atau ubah lah posisi tu. Tak 'batal' meditasi. Kadang2 ada hikmahnya juga. Tubuh kita ni bijaksana tau. Dia buat begitu ada masanya sbb kita dlm tak sedar sedang hanyut melayan fikiran. Jadi secara tidak sedar, pergerakan tersebut bertujuan utk memecahkan fikiran tersebut.

Teknik pernafasan itu adalah teknik yg antaranya utk masuk ke trance yg dalam. Ada juga bertindak sebagai anchor. Mmg banyak teknik pernafasan yg ada diajarkan. Ada yg tarik dgn hidung, lepas dgn mulut. Ada yg tarik dgn mulut lepas dgn hidung. Ada yg tarik dgn hidung keluar dgn hidung. Ada yg panjang pendek nafas pun ada. Ada yg tahan sebentar sebelum lepas. Ada yg disertakan dgn zikir tertentu. Mcm Allah-Hu atau Hu-Allah. Terpulang kepada tujuan setiap teknik tersebut. Boleh je. Ikut keselesaan masing2 lah.

Bagi saya, saya lebih selesa dgn bernafas seperti biasa. Utk setting permulaan, saya duduk dgn seselesa mungkin, dan biasanya saya akan tarik nafas yg panjang, tahan sebentar dan lepaskan panjang selama 3 kali. Pastu saya tutup mata. Lepas tu bernafas spt biasa. Itu utk setting. Get in the mood, kata orang putih. Kita dah tahukan, bukan sahaja tubuh mengikut fikiran, fikiran juga mengikut tubuh. Kerana diantara keduanya ada emosi yg menjadi jambatan.

Sbb tu bagi yg belajar teknik meditasi, banyak cara utk setting ni. Umpama cara posisi anggota badan. Cara bernafas. Buka atau tutup mata. Ada yg rendahkan pandangan. Kalau kita tengok patung meditasi, perhatikan matanya. Pasti kelihatan terbuka separuh. Mcm mata orang yg stone atau khayal. Itu antara lain bermaksud rendahkan pandangan. Bila rendahkan pandangan, fikiran akan jadi kurang aktif. Sbb tak banyak benda yg nak dilihat utk difikirkan. Bila kurang aktif, fikiran jadi bosan. Biarkan dia bosan..

Dah setting tu, lepas tu bernafas seperti biasa. Makin lama makin halus. Kadang bila dah sangat halus, terasa mcm bernafas tu mengganggu pulak. Tapi bernafas jugak la kan. Cuma bila terlalu halus masa bernafas tu jadi semakin panjang. Ada kalanya tak terasa kita bernafas pun ada...

Ada juga pengamal meditasi suka bernafas yg panjang. Makin panjang makin bagus bagi mereka. Sbb kata mereka nafas kita ni ada had jumlahnya. Dan nyawa bergantung pada jumlah nafas. Kalau kita bernafas 16 kali seminit, sehari kita bernafas dlm 23,000 kali. Kalau setahun, 8.4 juta kali. Kalau hidup 60 tahun maknanya kita bernafas 504 juta kali. Sbb tu mereka panjangkan nafas, agar jumlah nafas sehari jadi berkurang, jadi boleh hidup lebih lama. Sbb tak sampai jumlah akhirnya lagi. Secara teorinya masuk akal, tapi urusan ajal maut tu Allah je yg tahu.

Balik pada meditasi tadi, yg penting kita bernafas dgn selesa. Dan perhatikan saja nafas kita. Become aware of the breathing. Kita sedar kita sedang bernafas. Rasakan.  Naik turun. Naik turun. Biarkan nafas berlaku secara semulajadi. Boleh je kata dlm hati "masuk, keluar", berulang2 sampai bosan. Dah bosan senyap je lah. Kalau boleh biar bosan sampai kosong... walaupun sedetik...

Tapi sedetik itulah yg kita betul2 seiring (align). Tubuh, minda, hati dan roh. Masa tulah vibrasi kita sama frequensinya dgn vibrasi di dalam. Time tulah yg paling nikmat sekali. Umpama setitik air yg kembali ke lautan. Tak boleh nak ditulis mcmana nikmatnya. Kena alaminya sendiri...
Kesannya, paling kurang 6 jam pasti terasa walaupun dah lama dah selesai bermeditasi. Sbb mcm2 hormon yg baik dikeluarkan spt endrophine, oxytoxin dsbnya. Dan hormon stress spt kortisol menghilang. Kita jadi semakin sihat dan bahagia.

Nanti kalau di kelas kita pratikkan cara2 dan teknik2 bermeditasi ya. Kita buat sampai dapat...
Yg penting utk kita tahu, semua yg kita belajar itu adalah teknik semata2. Utk masuk ke dalam keadaan meditasi (meditative state). Masuk ke dalam keadaan meditasi itulah yg paling penting sebenarnya. Dalam keadaan khusyuk / trance di mana gelombang otak adalah ditahap rendah (deep alpha/theta). Bagi yg dah biasa, ada masanya keadaan meditasi itu datang sendiri tanpa kita rancang. Dan bila ia datang, berhentilah sekejap dari aktiviti anda. Inilah saat yg paling best.

Layanlah keadaan itu utk beberapa minit yg anda terdaya. Bagi yg dah sampai ke tahap enlightenment (fana), tak sedar beberapa minit sebenarnya dah menjadi beberapa jam. Tapi itu bab lain lah ya.. :wink:

Jadi, boleh gunakan nafas kita sebagai tumpuan dan fokus kita. Sbb tahap kesedaran kita kalau dah khusyuk atau trance, hanya nafas je yg kita sedar. Anggota tubuh lain kita mungkin dah tak sedar. Kat mana tangan, kat mana kaki, badan, telinga dah tak tau dah mana letaknya. Hanya nafas je yg ada. Tapi kalau nafas pun dah tak terasa lagi dah... kemungkinan besar masa tu kita sedang tidur... hmm... :sleeping:

Selamat malam....

TUAH HIDUP MANUSIA Ada orang kerana badannya besar, dia dikenali. ada orang kerana dia anak/ahli keluarga seseorang, dia disanjungi. ada ora...

TUAH HIDUP MANUSIA


Ada orang kerana badannya besar, dia dikenali.


ada orang kerana dia anak/ahli keluarga seseorang, dia disanjungi.


ada orang hidup merana sebelum usia 30, tetapi selepas usianya 30, rezeki yang datang mencurah-curah dan tak henti-henti.


ada orang menceburi hampir 100 jenis bisnes, tetapi masih gagal dan rugi. Tetapi apabila usahanya yang ke 101, bisnesnya menjadi dan rezeki yang datang berlipat kali ganda dari apa yang dihajati.


ada orang tak pernah buat bisnes sana sini, tetapi sekali buat, bisnesnya terus menjadi-jadi.


ada orang bekerja siang malam tak henti-henti nak kumpul duit untuk anak bini. Tetapi rezeki yang dipinta datang bertimpa-timpa apabila anak bini dijemput ilahi.


ada orang mendapat kesempitan hidup apabila berada di negara sendiri, tetapi apabila berhijrah ke negara orang, disitulah ada tuah, disitulah ada rezeki.


ada orang sebelum berkahwin, segala yang diusahakannya dipandang sepi. Tetapi apabila kahwin je.. tuah dan rezeki semakin berseri-seri, segala usahanya dipandang sana sini.


ada pulak orang sebelum kahwin, happy go lucky. Tetapi apabila sah sahaja berkahwin, kehidupannya mulai sepi. Bahagia yang dicari, duka yang menanti.


Kerana itu ada orang, tuah dan rezekinya datang apabila ditinggalkan isteri, dicerai suami.


ada orang bertahun-tahun menghidap penyakit kronik, tetapi masih hidup hingga ke hari ini.


ada orang pula, sihat walafiat tetapi tak sangka telah dijemput ilahi.


Ada orang rezekinya sampai apabila sudah puas melalui onak dan duri.


ada orang rezekinya semudah A. B. C. tanpa perlu lalui cabaran sana sini.


ada orang buat apa sahaja menjadi, tetapi kerana silap satu sahaja Allah taala nak uji, habis lingkup usahanya selama ini.


ada orang pula, sudah puas berguru sana sini tetapi masih belum dapat apa yang dihajati. tetapi akhirnya kerana sang guru ini, dia perolehi apa yang dihajati.


kita semua tak sama. kitaran hidup kita juga berbeza. tuah & rezeki itu rahsia DIA. bersyukurlah apa yang ada.

10 Tips Meningkatkan Keyakinan Diri 1. Fikirkan Boleh - Tidak Ada Yang Mustahil Sebelum Dicuba . Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kala...

10 Tips Meningkatkan Keyakinan Diri

1. Fikirkan Boleh - Tidak Ada Yang Mustahil Sebelum Dicuba . Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain boleh melakukan, kenapa anda tidak? Inilah cogan kata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. Dengan berpegang kepada cogan kata ini, tiada apa yang mustahil dalam hidup anda.

2. Anda bukan gagal, cuma belum berjaya. Jangan cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang 'GAGAL'. Kesannya amat buruk sekali. Anda bukan gagal, tetapi belum berjaya. Mungkin anda hanya perlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi kenapa berhenti sekarang?

3. Berdikari - Jangan Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain. Semua manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda juga tidak terkecuali. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengenali potensi diri dan menggilapnya. Anda boleh melakukannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Anda ada kekuatan yang tidak dimiliki oleh orang lain.

4. Berfikir Secara Kreatif. Dengan berkreatif, anda akan melihat 'cahaya-cahaya' baru yang boleh menerangi 'kegelapan' selama ini. Kadangkala perkara itu bukanlah sukar pun, tetapi oleh kerana anda menyempitkan pemikiran, akhirnya anda rasa terhimpit dan hilang motivasi. Oleh itu, belajarlah untuk berkreatif.

5. Bersikap Positif dan Optmitis. Langit tidak akan selamanya mendung, alam tidak akan selamanya malam. Pasti suatu ketika fajar akan menyinsing datang menebarkan sinarnya. Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH. Berbaik sangka denganNya dan berusahalah sehingga berjaya.

6. Berilah sedikit masa untuk berjaya. Ia seperti anda bercucuk tanam. Jika hari ini anda menyemai pokok durian, mungkin lima tujuh tahun nanti barulah anda mendapatkan hasilnya. Begitu juga dalam karier dan kerjaya. Anda perlukan masa untuk mendaki tangga kejayaan.

7. Rujuk matlamat hidup- Adakah anda di atas landasannya? Jika ya, jangan gundah gulana. Anda tidak akan tersesat selagi di atas landasan yang betul. Teruskan dengan jadual perancangan anda dan tingkatkan usaha lagi.

8. Pertingkatkan Ilmu dan Kemahiran. Mungkin bukan kerana anda tidak boleh berjaya, tetapi ada beberapa 'kelengkapan' yang masih belum dimiliki. Ia adalah ilmu dan kemahiran. Anda boleh mendapatkannya melalui pendidikan formal atau tidak formal. Tetapi ada satu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat, iaitu pengalaman. Belajarlah daripadanya.

9. Fahami fitrah alam; Kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jika anda hendak menjadi seorang yang tewas, ianya sangat mudah. Jika hendak mendapatkan wang, anda perlu bekerja. Tetapi jika hendak kehilangan wang, anda boleh mencampakkannya ke mana-mana. Mudah bukan? Itulah hukum alam; kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jangan rasa lemah dan longlai semata-mata kerana ianya sukar. Mungkin itu adalah petanda kejayaan yang semakin hampir.

10. ALLAH akan bersama dengan kebenaran. Buatlah sesuatu berasaskan kebenaran, pasti ALLAH akan bersama dengan anda. Jika ALLAH Yang maha gagah, maha hebat, maha pencipta (lihat sekeliling alam ini dari mata hati) dan Sangat Berkuasa itu turut bersama, apakah lagi yang anda inginkan dan risaukan? Teruskan hidup bersama dengan satu semangat perjuangan harmoni...

Pernah dengar Ilmu Tarik Duit atau Ibu Duit? Tentu anda pernah jika anda peminat ilmu metafizik atau seorang yang gemar untuk mencari info-i...



Pernah dengar Ilmu Tarik Duit atau Ibu Duit? Tentu anda pernah jika anda peminat ilmu metafizik atau seorang yang gemar untuk mencari info-info bagaimana nak kaya dengan cepat dan segera. Tahukah anda ilmu ini sangat mudah?


Ilmu yang saya maksudkan bukan dengan jampi serapah atau lain-lain tetapi menggunakan kekuatan minda bawah sedar, niat, affirmasi dan teknik-teknik kawalan minda lainnya.


Bahan-Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :


1- Diri anda yang yakin dan penuh semangat.

2- Wang Kertas RM 100. (Nak duit syiling boleh, tapi konsepnya umpan besar, hasil besar..he..he..kalau nak letak RM 1 pun boleh..)

3- Minda yang positif dan tenang.


Teknik dan cara-caranya.


1- Berdoa kepada Allah dan berterima kasih atas duit yang banyak.

2- Pegang duit tu dan tenung dalam-dalam..niatkan dalam hati dan lontarkan kata-kata… “Duit ini menarik sebanyak sepuluh kali ganda jumlahnya setiap kali aku menarik nafas dan menghembus nafas.” Katakan dengan yakin, santai dan pasrah.

3- Bayangkan setiap kali anda menarik nafas dan membuang nafas, duit itu menarik sebanyak sepuluh kali ganda nilainya dan bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan atas duit yang dianugerahkan kepada anda itu.

4- Teknik syukur, pasrah, santai dan tenang harus digabungkan sebaik mungkin.

5- Jangan gunakan perkataan ‘akan menarik’ tetapi bayangkan dengan pasti saat itu, duit anda itu memang benar-benar menarik duit sepuluh kali ganda nilainya.

6- Anda pasti terkejut dengan hasilnya.

7- Cuba lakukan ini sebanyak 3 hingga 4 kali sehari selama sebulan(terdapat juga yang mungkin memakan masa dan ada juga yang lebih cepat). Rezeki akan datang dengan melimpah ruah melalui jalan yang tidak kita ketahui.


Anda perlu tahu bahawa konsep ini adalah konsep berteraskan kuasa minda yang dianugerahkan oleh Allah.


Teknik ini adalah yang termudah sekali, harap-harap dapat membantu anda. So, aplikasikan ilmu ini dengan sebaik-baiknya ye, jangan ambil mudah, biarpun nampak simple dan ringkas, tapi teknik ini adalah benar dan telah terbukti. Semoga berjaya dengan izin Allah...

www.naqsdna.com https://qspsoul.wordpress.com/author/masterzarif/

www.naqsdna.com

https://qspsoul.wordpress.com/author/masterzarif/

Cara paling pantas ya... baik, cara PALING pantas adalah dengan Time remang2 senja, sewaktu siang melabuhkan tirainya, Keluar sebentar ke...


Cara paling pantas ya... baik, cara PALING pantas adalah dengan

Time remang2 senja, sewaktu siang melabuhkan tirainya,

Keluar sebentar ke luar rumah (tidak berbumbung) kemudian

Mengucap dua kalimah
Basmalah
Salawat 3x
"Aku gugurkan semua emosi2 negatif dalam Diri ku ini semuanya, SEKARANG!"
Hentakkan tumit kanan 3x dan tumit kiri 3x

HARAPAN Ramai orang berharapan, dalam English disebut Hope, Pelbagai Harapan akhirnya membawa kepada Kepercayaan dan akhirnya membawa kep...


HARAPAN

Ramai orang berharapan, dalam English disebut Hope,

Pelbagai Harapan akhirnya membawa kepada Kepercayaan dan akhirnya membawa kepada Keyakinan

Semua proses tersebut melibatkan keterlibatan Energi secara konstruktif, semakin kuat Pengharapan seseorang semakin kuat kekuatan Energi mengalir sama ada Energi itu menghala kepada hal-hal kebaikan disebut Power atau menghala kepada hal-hal keburukan digelar Force,

Baik Sihir mahupon Doa, kedua-duanya masih lagi tertakluk kepada aliran Energi yang konstruktif tersebut, malah kedua-duanya juga bermula hanya dengan secebis Harapan,

Tinggal lagi ke mana saja Harapan kita itu terkembang, misalnya, jika kita mengharapkan daya pesaing niaga kita menjadi 'bungkus' kerana kita mahu memonopoli sesebuah perniagaan mahupon jualan tersebut, akhirnya aliran Energi yang konstruktif tersebut bertukar kepada Kepercayaan lalu bertukar pula kepada Keyakinan,

Ya, ianya memang benar boleh berlaku... dalam alam melayu disebut dengan istilah sihir, hanya ditambahi dengan sedikit 'trigger switch', Energi yang disebut sihir itu tadi mampu memberi kesan kepada target tersebut,

Begitu juga dengan Pengharapan kepada Kejayaan Diri sendiri atau orang lain, dari asalnya secebis Harapan, ianya boleh bertukar kepada Kepercayaan lalu bertukar pula kepada Keyakinan, aliran Energi yang konstruktif itu pula dalam alam melayu disebut Doa,

Kedua-duanya sangat berkeajaiban dan yang lebih ironi adalah kedua-duanya hanya bermula dengan secebis Harapan,

tetapi secebis Harapan itu pula membentuk atau terkembang pula kepada level sama ada Power mahupon Force, sama ada Positif mahupon Negatif, yang satunya digelar Sihir dan yang satunya pula digelar Doa,

Walaupon begitu halnya, baik aliran Energi apapon, ianya tidak memberi bekas atau kesan sekiranya target berada pada aras gelombang yang sepatutnya, baik yang sihir mahupon yang Doa, langsung tidak menjejaskan target jika masih adanya suatu Energi yang lebih besar menghambat (Blocking),

Sebagai contoh lagi, sihir tidak memberi bekas kepada mereka yang mempunyai Jiwa yang lebih Besar dan mempunyai Hambatan Energi yang bagus dalam menangkis serangan sihir itu, begitu juga Doa hanya menjadi campakan-campakan affirmasi kosong yang tidak memberi bekas kepada mereka yang kekal ingin berjiwa kecil dan mempunyai hambatan Energi yang besar pula sebagai dinding penghalang kepada Energi Doa itu tadi sampai kepadanya,

Dari situ nanti barulah dapat kita pelajari dan mengerti bahawa, ada kalanya, kita perlu membesarkan 'Dinding' kita dan adakalanya kita perlu mengecilkan 'dinding' yang melingkari Diri kita...

Yang Pastinya, Jiwa harus kekal Besar, kerana nantinya Jiwa yang Besar menghasilkan Harapan yang Besar lalu memberikan Kepercayaan yang Teguh dan Keyakinan yang Kukuh,

Secara automatisnya, Sihir tidak akan jadi apa-apa lagi tetapi Doa akan sentiasa mengalir dengan Hebatnya pula...

Harapan bukan lagi tinggal Harapan tetapi Harapan telah jadi Kenyataan!

*Jemput masuk secara PERCUMA dengan ilmu-ilmu PERCUMA hanya click

@QspLife

Ada Setan & Malaikat di dalam diri, sudahkah kita kenali? Dalam ilmu kejiwaan disebutkan bahwa kemampuan seseorang melakukan kebaikan ...


Ada Setan & Malaikat di dalam diri, sudahkah kita kenali?

Dalam ilmu kejiwaan disebutkan bahwa kemampuan seseorang melakukan kebaikan akan berbanding lurus dengan kemampuannya melakukan keburukan. Dengan kata lain, semakin tinggi kemampuan seseorang dalam melakukan kebaikan; maka pada saat yang sama pada diri orang tersebut tersimpan kemampuan potensial untuk melakukan hal-hal yang sebaliknya. Mungkin, bagi kita tidak mudah menerima pernyataan tersebut, namun sebaliknya tidak mudah pula untuk menolaknya.

Dalam sejarah Islam, kita mengenal sosok Ibnu Muljam, seorang sahabat yang hafal Qur'an bahkan banyak melahirkan generasi-generasi hafidz Qur'an pada masanya. Dia adalah lelaki yang shalih, zahid dan bertakwa dan mendapat julukan Al-Maqri’. Bahkan Khalifah Umar bin Khattab pernah menugaskan Ibnu Muljam ke Mesir untuk memenuhi permohonan ‘Amr bin ‘Ash untuk mengajarkan hafalan Alquran kepada penduduk negeri piramida itu.

Khalifah Umar bin Khattab bahkan menyatakan: “Abdurrahman bin Muljam, salah seorang ahli Alquran yang aku prioritaskan untukmu ketimbang untuk diriku sendiri. Jika ia telah datang kepadamu maka siapkan rumah untuknya untuk mengajarkan Alquran kepada kaum muslimin dan muliakanlah ia wahai ‘Amr bin ‘Ash”.

Namun, sejarah mencatat bahwa Ibnu Muljam adalah seorang yang telah menebas leher sahabat Ali bin Abi Thalib, karomallahu wajhah.

Subuh 7 Ramadhan itu duka menyelimuti hati kaum muslimin. Nyawa sahabat yang telah dijamin oleh Rasululah SAW menjadi penghuni surga itu hilang di tangan seorang saudara sesama muslim. Ali terbunuh atas nama hukum Allah dan demi surga yang entah kelak akan menjadi milik siapa.

Dalam diri Ibnu Muljam terkandung dua kemampuan yang saling bertentangan dalam kualitas yang sebanding. Di satu pihak dia adalah figur hafidz dan sosok yang Soleh, namun dipihak lain dia adalah pembunuh berdarah dingin.

Dari contoh di atas, hikmah apa yang bisa kita ambil?

Jangan terlalu cepat menjatuhkan nilai baik atau buruk terhadap orang lain. Sebab, orang yang kita anggap baik belum tentu selamanya baik, dan orang yang kita anggap buruk pun belum tentu selamanya buruk.

Hikmah lain,
Selama nyawa masih dikandung badan, nasib manusia tidaklah dapat diterka bagaimana nantinya. Dia yang sekarang miskin, belum tentu miskin selamanya. Demikian pula dia yang jutawan lagi kaya raya, belum tentu juga akan tetap kaya selamanya. Demikian juga orang yang berjabatan rendah saat ini, belum tentu akan rendah selamanya. Demikian juga, dia yang sekarang tinggi jabatannya, boleh jadi besok sudah hilang itu semua.

Alam dunia ini fana.. Segala sesuatu sentiasa dapat berubah dalam setiap detiknya.

Oleh sebab itu, penting sekali bagi kita untuk lebih mengenal diri sendiri. Sehingga dapat mengenali bisikan setan yang akan membawa kita pada kehancuran. Serta mampu menerima, Hidayah Tuhan yang dihampirkan ke dalam hati kita oleh malaikat-malaikatNya.

Sehingga kita betul-betul dapat menapak di atas jalan yang lurus, yaitu jalan kesuksesan dan kejayaan yang hakiki.

Kenali Diri, Gali Potensi, & Lejitkan prestasi.

Simak Program kami : Quantum Self Awareness, seni mengenali & membina jatidiri, untuk kejayaan yang hakiki.

Klik : http://bit.do/Jatidiri

Sekian, semoga bermanfaat.

Salam.

Edi Sugianto,Founder NAQSDNA.
naqsdna.com | dnasukses.com

*

Motivasi Matahari telah terbit dan hari baru sudah terbuka lagi. Mulailah hari anda dengan penuh motivasi. Tataplah cermin dan yakinkan ba...


Motivasi

Matahari telah terbit dan hari baru sudah terbuka lagi. Mulailah hari anda dengan penuh motivasi. Tataplah cermin dan yakinkan bahwa kamu siap untuk menghadapi semuanya dan berhasil hari ini. Lupakan semua rasa sedih dan kecewa semalam dan yakinlah untuk bahagia hari ini. Tersenyumlah kerana kejayaan telah menantimu hari ini,KEAJAIBAN HIDUP
akan datang, ketika anda YAKIN dan PERCAYA dengan keajaiban dengan doamu, usahamu dan syukurmu.

Untuk sebuah hari baru, buatlah kejutan untuk diri sendiri. Lakukan yang terbaik yang kamu boleh lakukan, seakan esok kamu akan jadi kaya. Persiapkan hari ini, seakan ada sebuah keinginan yang akan kamu wujudkan hari ini. Buang pikiran negatif dan berjuanglah dengan bahagia hari ini! Buatlah kata kata motivasi hidup terbaik untuk menemanimu berbahagia. Dari sebuah motivasi yang baik, kejayaan akan muncul untuk diri kamu.

Berhentilah menangisi kekurangan, luangkanlah waktu sejenak, untuk melihat dan mensyukuri kelebihan anda untuk anda syukuri, jadilah diri sendiri tanpa perlu membandingkan hidup anda dengan orang lain, Prestasi hidup yang anda capai saat ini bukanlah sebuah kebetulan, dan prestasi yang akan anda raih nanti pula bukanlah sesuatu yang mustahil, jangan pernah berputus asa dalam menghadapi kehidupan anda, teruskan hidupmu dengan penuh rasa syukur dan yakin dengan semangat yang tidak pernah mengalah untuk memperjuangkan hidupmu.

Hari ni nak bercerita sikit tentang kisah seorang raja pada zaman dahulu kala. Baginda amat gemar berburu. Dan pada suatu hari baginda meli...

Hari ni nak bercerita sikit tentang kisah seorang raja pada zaman dahulu kala. Baginda amat gemar berburu. Dan pada suatu hari baginda melihat seekor harimau bintang lalu memanahnya. Panah baginda tepat pada sasaran lalu menumbangkan harimau tersebut. Baginda menghampiri harimau itu utk memastikan ianya telah benar2 mati.

Apabila dihampiri harimau tersebut tiba2 bangun lalu menyerang dan menggigit tangan baginda. Seorang hamba yg sentiasa menemani baginda berburu itu dengan cepat menghunus pedangnya lalu membunuh harimau tersebut.

Walaupun baginda dapat diselamatkan namun baginda telah kehilangan satu jarinya akibat gigitan harimau tersebut. Baginda berasa amat sedih kerana kecacatannya itu lalu berkata pada hambanya, "Seandainya Tuhan itu baik, kenapa Dia membiarkan beta diserang dan jari beta diputuskan oleh harimau durjana ini?" Lalu, hamba tersebut menjawab, "Demi Tuhan, disebalik kecelakaan ini, patik percaya Tuhan itu sesungguhnya amat baik. Setiap apa yg terjadi ada kebaikannya dan Dia tidak pernah tersilap".

Mendengar jawapan hambanya itu baginda menjadi murka lalu berkata, "Sekiranya beta  penjarakan kamu kerana keceluparan kamu, adakah kamu masih percaya bahawa itu adalah baik untuk kamu?" Tanpa rasa takut dgn sopannya hamba tersebut menjawab, "Demi Tuhan, seandainya itulah yg ditakdirkan, patik rasa bahawa itu adalah yg terbaik buat patik, Tuanku".

Dengan rasa yg begitu marah, Raja itu menyuruh pengawal2nya segera menangkap hamba itu lalu dipenjarakan.

Beberapa purnama kemudian, dengan diiringi oleh pengawal2 dan ditemani oleh seorang hamba yg baru, baginda pergi berburu di sebuah kawasan yg jauh dan agak terpencil. Tiba2 baginda diserang oleh satu puak orang asli yg amat bengis. Pengawal2 terbunuh, manakala baginda dan hambanya ditawan lalu dibawa ke perkampungan mereka.

Di sebelah malam, sewaktu keraian, ketua orang asli tersebut mengatakan bahawa tawanan2 tersebut akan dikorbankan utk dewa2 mereka. Pada mulanya hamba raja tersebut dipilih sebagai korban lalu baginda menyaksikan hambanya itu dibunuh oleh org2 asli tersebut dengan amat kejam. Kemudian tiba pula giliran baginda. Dengan perasaan yg amat gementar baginda diseret ke pentas korban yg dikelilingi oleh org2 asli tersebut. Apabila ketua orang asli itu terlihat akan kecacatan di tangan baginda tersebut, beliau memberhentikan upacara lalu memerintahkan baginda dilepaskan kerana baginda tidak sempurna utk dikorbankan. Pengorbanan utk sang dewa mestilah tiada cacat cela!

Dengan penuh kesyukuran, raja tersebut dengan segera berlari keluar dari kampung tersebut lalu bergegas pulang ke istana. Setelah beberapa hari baginda sampai ke istana lalu baginda terus memerintahkan pengawal2 membawa hamba yg dipenjarakannya itu dibebaskan dan dibawa datang mengadapnya.

Apabila hamba tersebut menemui baginda, baginda lalu berkata, "Wahai sahabatku, benarlah seperti kata kamu dahulu, bahawa Tuhan itu amat baik sekali kepadaku. Aku hampir menjadi korban, tetapi disebabkan satu jariku yg kudung, aku telah dibebaskan. Maka benarlah setiap yg terjadi itu pasti ada kebaikannya, dan sesunggunya Tuhan itu adalah amat sempurna dalam perancangannya".

"Tetapi beta ada satu soalan," kata baginda lagi. "Memandangkan Tuhan itu amat baik sekali, kenapa Dia membenarkan kamu dipenjarakan olehku?" Maka si hamba yg bijaksana itu menjawab, " Tuanku, seandainya Tuhan tidak membenarkan tuanku memenjarakan patik, sudah tentulah patik akan bersama tuanku keluar berburu tempohari. Dan sudah pastilah patik menjadi korban orang asli tersebut, kerana patik tidak kehilangan jari..."